> > >

Thursday, December 31, 2009

Disable Track Pad semasa menaip...

Posted by hisham at 7:07 PM View Comments

Pernah tak perkara nie berlaku pada anda ? Tengah menaip tetiba tapak tangan anda tersentuh track pad mouse dan menyebabkan cursor bergerak liar. Arggg mengacau sahaja bukan ?

Kini masalah anda boleh diselesaikan dengan mudah dengan menggunakan software khas iaitu Touchfreeze. Software yang bijak kerana aplikasi ini akan mematikan atau disable track pad anda secara automatik semasa anda menaip dan membuka semula selepas anda selesai menaip. Cool bukan ?

Software untuk pengguna MS Windows sahaja. Klik sini untuk DOWNLOAD..(open source)

~Laptop aku mmg dah ade disable pad build-in...hehe...sape2 yg xde tu..download kalo nak..ok...tkcre



Wednesday, December 30, 2009

Bahaya Keylogger...

Posted by hisham at 11:05 AM View Comments


Tadi bosan2 baca la PC magazine.. Jumpe la benda nie.. Namanya USB Keylogger. Fungsinya dapat memantau segala kerja di papan kekunci PC.. Tak kira la kat mana pon.. email , room chatting , word, blog pon sama.. hehe… Sesiapa yang ada kat office tu, tengok sket mane tau bos korang ada pasang benda nie..Sape2 yg gune internet banking kat C.CAfe kan better watch out la.. hati2 sebab klo ade mnde nie ade kan.. dorang leh slah guna kan, id dan password u all dorang leh tgk.. nnti check2 duit sedar2 dah kene transfer kan.. bahaya!!

KeyLogger nie boleh beroperasi di semua sistem seperti WindowXP, Vista,Seven, Linux, Mac dan lain2 lagi.. Sangat mudah untuk diinstall, hanya perlu beberapa saat sahaja.. Kiranya macam pasang terus pakai..Kapasiti penyimpanan untuk KeyLogger nie ialah sebanyak 2 juta keystroke.. So pada yang ada anak2 suka main ngan PC nie. Boleh la memantau pakai benda nie..sekian..

~wei.korang sume..hati2lah..anda diperhatikan jgnlag asik chating or berblogging je..nnti gaji x naik korang bising2..maki hamun boss...padan muke ko....meowwww..!!!
~Entri ni sesuai utk org yg berkerje spt. Jard, Serojajinnga, Ezzati, Ms.Independent, Ahfatt, Kawie, bro Mamai. dan Fucksupernotcool, sori x letak link blog korang coz aku ade panyakit M...hehe



Tuesday, December 29, 2009

Hati dan Perasaan...

Posted by hisham at 3:27 PM View Comments
Antara hati dan perasaan mana yang perlu harus kita dahulukan.dan mana satu yang harus dijaga jika kedua-duanya bercanggah pendapat samada memilih untuk menjaga hati dan membiarkan perasaan terjeruk, ataupun menjaga perasaan dan biarkan hati di mamah kekalutan.

Kadang2 kite harus memilih satu yang terbaik diantara yang terbaik dan mungkin juga ada antara yang terbaik itu kurang memuaskan hati kita tapi kita harus belajar untuk menerimanya kerana mungkin yang kurang memuaskan hati kita itu merupakan yang paling baik untuk diri kita sendiri, tiada siapa pun yang mengetahuinyer.

Oleh itu  fikirkanlah yang terbaik untuk diri sendiri, walaupun kita terpakse mengorbankan salah satu di antara hati dan perasaan kita sendiri..renung2 kanlah...

~ dedicated to (.gaDis.) Cik Norasyikin Bt Hj Abdul Kudus 


Monday, December 28, 2009

Chat Box komen...

Posted by hisham at 6:00 PM View Comments
Salam semuanya..aku ingin bekongsi pendapat sedikit tentang chat box widget. Chat Box ni memang tidak dinafikan memang berfaedah untuk aku, untuk pengetahuan kawan2 semua, aku tidak suka meletakkan sebarang widget didalam blog, kerana ia akan memberatkan dan memperlahankan blog aku ni, melainkan iainya berfaedah untuk aku dan barulah aku meletakkannya. Dulu aku enggan menggunakanya tapi setelah didesak oleh Cik Serojajingga, aku pun meletakkanya, katanya ada pengunjung2 tidak akan memberi komen didalam entri tapi meletakkan komen di chat box, katanya lagi pengunjung2 juga boleh menegur atau memberitahu sesuatu pada aku melalui chat box tersebut.

Okay, aku ingin meluahkn sedikit kerkalutan yang berlaku hampir setiap hari. Dulu aku tak merasakan sangat impaknya tapi selepas aku meletakkn shout mix widget didalam blog aku ni, ada saje komen2 yang boleh buat aku merasa terjentik, ada ysng meletakkan komen seperti.." blogwalking..sila follow saya dan link saya okay ."..dan ada juga " sila lawat blog saya dan folo saya tq "..ini semua komen  komen yang berbentuk arahan, sudahlah blog aku tidak difollownya tapi tak apalah aku redha,  tetapi  aku tidak nafikan ada juga komen2 yang membina.dan memberahikan.

Aku cuba untuk mendiamkan saja tapi lama kelamaan makin menjadi-jadi pula, dengan hati yang ikhlas dan penuh tawadhuk aku pergi ke link blog orang yang meletakan komen tersebut, aku pergi ke blognya dan aku memberikan sedikit komen didalam entrinya, salah satu komen aku berbunyi..

" salam ..tq tggalkn pesanan kt cht box kt blog aku..tp pesanan ko tu bestla ..tu yg wat aku dtg sini follow n  link ko ni...care aku ni aku rase lebih sopan skit, kite ni nk berkawan xyahla smpai cmtu main pesan dan arah2 je kt cht box tu, ok la aku dah follow ko dan link ko skali..tq n tk cre..sori."

Okay, stail aku senang saja, siapa saja yang komen didalam entri aku, untuk kali yang pertama atau tidak, InsyaAllah aku akan follow up balik, setiap komen yang diberikan aku amat hargai sangat2 ..InsyaAllah juga aku akan follow dan linkkn blog orang tu sekali...sekian..bubye.

Sunday, December 27, 2009

Tiada Tajuk...

Posted by hisham at 8:04 AM View Comments
Persawat penumpang paling besar didunia Airbus A-380




Persawat kargo paling besar didunia Antonov An-225 Mriya




Mat rempit Amazon..





Lukisan 3D











 

Friday, December 25, 2009

Kasih Anak...

Posted by hisham at 8:22 AM View Comments
Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.

Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan tergopoh-gopoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak cepat menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan.

Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib tergesa-gesa sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpaku si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.

"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

~Allah menyuruh kita berbuat baik kepada ibu bapa dan menjaga kebajikan mereka sehingga ke hari tua. Terfikirkah kita kalau ibu bapa kita dah berumur 80an, dah sakit, tak mampu berjalan, terlantar.. sejauh mana kesediaan kita dan kesabaran kita untuk menjaga orang tua yang telah banyak berkorban untuk kita dari kecil hingga kita besar. Semoga aku diberi kekuatan menghadapinya...aminnn


*****************************************************************************************************************

Thursday, December 24, 2009

Sebuah Penghormatan...

Posted by hisham at 8:15 AM View Comments

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, abang sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, abang sudah kenyang."

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa  bersalah untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Abang tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari abang buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji pada ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.


~sewaktu aku bersekolah rendah dahulu aku bersama abg aku menjaja kueh dari rumah ke rumah sambil  menjerit.." makcik2 nak beli kueh.." begitulah laungan manja aku, pada masa tu kueh karipap dan kueh koci adalah yang paling laris sekali berbanding kueh2 yg lain. Tapi kebiasaannya hanya aku seorang yg menjaja kueh kerana abang aku sering mengular entah kemana..

~re-posting dari blog lame..

***********************************************************************************  

Tuesday, December 22, 2009

Awek2 Yg Kerap BerYm...

Posted by hisham at 8:06 PM View Comments
Kepada awek2 ni sume trm kasih la yer coz sudi YM ngn aku..aku invisible pun korang BUZZ gak aku..cam tau2 je aku ade..huhu..uwek!!!..U all sume kdg2 i bz yer, bkn sombong tau...meoww..

Cik Jard yg selalu bertekak manje ngn aku kt YM, smalam aku ternampak jari die yg putih dan kukunye yg berkilau kt pic Contest Boneka x Sakit..runcing jari ko jard...haha..kpd awek2 yg berminat, sertailah Contest Boneka x Sakit ni demi mase dpn awek2 yg cemerlang, gemilang dan terbilang..

Cik Miera yg selalu bermadu kasih ngn aku ala2 couple gitu hehe..sambil die guling2 ats katil membuatkan Boneka (firdaus) jeles dan hampir membunuh diri dgn meminum racun rumpai..tp tindakannya berjaya dihalang oleh Cik Ezzati dan Cik laila..

Ck Mint yg manje tapi tp die marah ngn panggilan "manje" tu..die ckp die brutal n ganaz....yeker..???

Cik Pinkylucia, tmpat rujukan aku berkaitan hal2 ugama, die digelar ustazah rock ditempatnye.tp ustazah2pun manje2 n geli2 gak ngn aku..meoww...

Cik Rowena Chasez..yg gebu kulitnya kemerah-merahan woo..tp die ade masalah sbb BF die sedang sakit sekarang ni..sian die..

Cik Sharamli yg asik pkai tudung tu jer,,x tukar2,,nnti i  blikn u tudung baru ek. Blog die ni x berupdate katenya nk delete blog tu..tp ntah la ape masalahnya, slalu gak mnje2 ngn aku tp nakal, selalu mggunakan huruf O yg besar dlm penulisannye..

Cik Serojajingga..ha!..cik ni ganaz n berpengalaman, asik nk ngamok je kt tmpt keje die..sabar cik yer, customer tnye mane toilet pn kena maki...haha...

Cik Yanie dan Cik Hanie (geng Gebu)..hehe..dorang ni cute n manis..lawak jugak,.slalu membuatkn aku ketawa sorang2 ...

Cik Alie dan Cik Hana Ahmad, eksen2 manje ngn aku..dorang asik invisible jer..hehe..



Pertama kali aku dgr lagu ni versi yg asal melalui Cik Eikin yg memperdengarkn kt aku melalui hp nye..melody lagu ni bkn lirik niii, membuatkan aku teringatkan padanya..sayang aku kt die ni..

Korang2 sume yg menggelarkan kami Geng Gay Tua ( Ah Fatt, Kawie, Abe Long dan Boneka ) sila rujuk penjelasan di blog Kawie ape status kami sebenarnye dan nafsu serakah aku kt pompuan jer...
Ahfatt selaku President sedang sedang meneliti borang permohonan Hans utk menyertai GGT ini..

~aku nk cepat ni coz ade hal lain..aku wat en3 ni dlm keadaan helter skelter yakni alkelam kabutan..tq

~nak tau cara lajukan video Youtube kili sini utk DOWNLOAD

**************************************************************************************************

Monday, December 21, 2009

Aksi Jijik Si Derhaka..

Posted by hisham at 5:00 PM View Comments
PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu. Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan. Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal. Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak. Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.

~sumber Harian Metro Ahad
~ya Allah kau ampunkanlah dosa2 kedua ibubapaku dan kau sanyangilah mrk sbagaimana mrk menyanyangi aku sewaktu aku kecil...aminnn
~wei..korang2 sume meh kite jg mak kite dan berbakti kt mak kite selagi die masih hidup..

********************************************************************************************

Sunday, December 20, 2009

Aku letih la...

Posted by hisham at 8:00 PM View Comments
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang 1.7 juta darinya sudah bersara,jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja saperti Cik Jardness

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja….

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games,update blog, membaca email,chating, dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak…k la..bubye

~re-posting dari blog lame aku sumber dari email

********************************************************************************************

Friday, December 18, 2009

Gathering Tiga Teruna Pinggitan...

Posted by hisham at 7:50 PM View Comments
Perjumpaan sambil menonton bola, diikuti dengan topic2 sempoi, ganaz dan unsur2 kelucahan yang penuh kesopanan dan kesusilaan



Aku plan nk wat gath yg ke-2 dlm mase terdekat ni saje,tapi hanye disertai oleh bloggers laki saje topic utama ialah hal sensuality dan kelucahan yg bertatatusila saje..

Utk bloggers pompuan plak kalo nk join blh tp ade syaratnye..
~mesti blh bersemabang lucah mcm Serojajingga, kalo stakat diam dan manje mcm Mint tu x payah la
~mesti ditemuduge oleh Kawie terlebih dahulu..tgk angin kus2 die mai ke x..kalo dtg angin tu, korang mmg gagal dan xleh join gath ni..hahahahohoho
~mesti mndapat kelulusan Ahfatt agar senang die nk sapu losyen ktmane2 bahagian die suke..hehe

Wednesday, December 16, 2009

Gathering K.I.V...

Posted by hisham at 9:30 PM View Comments

Esok spatutnya aku kan berjumpa dgn beberape blogger2, lokasinya xtau lagi..Ahfatt lah yang arrange ni sume..blogger tu adelah Ahfatt, fuckthesupernotcool, Serojajingga, Mint dan mumgkin ade blogger yg lain,.aku plak ade masalah..yakni keta aku rosak dan aku dh pun anta ke pomen..tp kena  hold coz sparepart xde..mngkin aku nk pinjam keta abg aku utk kesane.tp seroja pn x cnfirm lg gak...mungkin pertemuan tu KIV or dibatalkan....

Aku menelifon ahfat utk bagitau citer yg sebenar, ini 1st time aku kol die, biasenya via sms je,.aku terkejut biawak bile dgr suare ahfat .hehe..mcm sure awek lemah lmbut plaktu..hahaha..aku tanye die cmner gath esok..die ckp ok je..dan aku pn citer la masalh aku kt die, yg keta aku kena hold kt bengkel 2 hari, so kita org re-arrange blik gath tu.So, itulah citernya...

~suare ahfat cam pompuan seksi nasib baik aku bkn gay nafsu aku hnye pd pompuan..
~aku bersyukur pd mu ya allah krn aku tidak gay..kalo x dh lame aku liwat si ahfatt ni..
~tapi aku was2 la..adekah ahfatt ni GAy.? risau gak aku ni..perlukah aku pkai suar dlam besi..


*********************************************************************************************

Tuesday, December 15, 2009

Kawan2 Xmo Lawan...

Posted by hisham at 8:00 PM View Comments
Lately ni blh dikatakan cam ade perang antara bloggers. aku rase seikhlasnya la kan, tak patut la jadi kat.kita yang kecik ni..kalau  sume orang respect each other, sume orang pun bley jadi senang hati..aku tak menangkan sesape coz bagi aku sume org kawan..kalaupun aku kurang senang dgn seseorg, org yg melayan aku buruk..insya allah aku layan die dgn baik..moge dia memberi layanan yg baik gak utk aku nnti.

Ade org  yg xpuas hati psl org lain wat gathering..org tu ckp wat gath nk kutuk2 die, mungkin btl..tapi mungkin sorang dua je yang mcmtu, bukan sume..so jgnla pasal nila setitik rosak sebelange, nnti terasa la org yg x kutuk tu..kite bukan dpt faedah dari sume ni...kita punyer landasan ni kecik je x besar pun..kite p mane2 nnti jumpe. Apekate u all yg bergeser tu amik sikap forget n forgive, kite same2 salah, jgnla  masing mendabik dada ckp aku x slh, aku btl. Kalau btl pun x slah, apeslahnya kita ngaku slh utk kebaikkan kite dan rase rendah diri kite sesame maunusia..jgnla kita ade sifat2 syirik kecil,.bahaya syirik2 ni walaupun iainya kecil..

Aku cuma nak ingatkan diri aku dan korang sume, jangan penuhkan hati dengan rasa benci, nanti hati terlalu keras nak memahami erti hidup, rasa cinta dan sayang. Kita kalo syg mahkluk dibumi, kita akan disayangi  oleh makhluk dilangit insya allah..dan rasenya x slh aku menegur coz aku syg korang sume..walaupun aku tau sape aku,..


~jom kwn2 kita bersatu..kalo sume nk gadoh2 sape nk jaga malaysia ni..
~kawan2 mkn berkawan, bukan makan kawan..
~bro Zalie ni jarang komen entri org panjang2, kalo panjang tu ..ade sebabla tu..hua3

******************************************************************************************

Monday, December 14, 2009

Malam yg hangat sedang ber-YM...

Posted by hisham at 12:15 PM View Comments
kejadian ini berlaku diwaktu puncak malam semalam, sedang aku berYM dgn kwn aku yg berada di Bandung indonesia tiba2 aku dpt satu YM mesej dari kwn aku yang mengandungi link zip file beformat jpeg., aku terfikir mungkin dia nak bagi aku melihat gambar2 yang menarik, rupe2nya link tu adelah virus. Aku rase kwn aku tu pun tak sengaja menghantar virus itu kerana iainya auto send maknanya, bila aku dpt YM  mesej yang mengandungi link tu dan bila aku klik, secare tiba2 dan tak sengaja aku terhantar pada semua orang yg berada dalam YM list aku.

Kesemua kwn2 aku menerima link tersebut baik dorang offline ataupun online, ada diantara mereka bloggers dan kwn2 yg lain. Diaorang bertanyakan pada aku malalui YM dan telifon, ada yang marah dan ada yang sekadar bertanya, walhal bukn niat aku nak menghantar link tu, tapi semuanya berlaku dgn begitu pantas.sekali dan sistem anti virus aku pun gagal mengesannya. Kesan dari tu, operasi sistem aku lembab dan berat tapi masih lagi dlm penyambungan intenet, tak lama lepas tu intenet aku terputus..aku cuba sambung semula tapi tak berjaya dan dh byk kali aku buat penyambungan semula pun masih gagal, aku geram segeramnya., dipendekkan ceita aku format laptop aku semula dan menginstall window XP sebagai operation system.

Sebelum ini aku menggunakan window seven tapi aku kurang berminat sikit keranan ade beberapa software dan games yg tak compatible dgnnya tambah lagi window seven ni tak seganas wnidow XP yg agak ganas dan mantap. Sebelum ini juga aku ade menggunakan wndow vista, tapi perestasinya pun sama..tapi window seven lbh bagus dari vista dan XP lebih bagus dari kedua tadi walaupun window XP ini sudah lama.

Setelah selesai memfomat, aku memasukkan semula perisian2 yang penting termasuklah YM dan aku cuba menghubungi beberapa kenalan yang terkena virus tersebut. Masalah yg mereka hadapi sama macam aku dan aku menyarankan kpd mereka agar memformat semula PC @ lappy masing2. Aku ingin memohon ribuan kemaafan pada mrk yang terlibat dan kalau dekat aku boleh bantu tapi kalau jauh..hye2 bye2 ler...pandai2 la ko...hehe

 ~kesunyian la aku coz korang sume xnak YM dgn aku dah.....ampun dan maaf dari aku...

*****************************************************************************************

Sunday, December 13, 2009

Wei..tengoklah..!!!

Posted by hisham at 2:20 AM View Comments
Woi...sape nk kena sepak...hehe..





Presiden USA Barack Obama, putih mukanya selepas mmgunakan fair n lovely..





Baby micro.kenit dan ketot...
                                       





Ini namenye coli cap tangan...haha.sape nk ..???




Selamat berhari minggu semua.....jg diri dan hati2 dijalnraya..tq2

************************************************************************************

Saturday, December 12, 2009

Amerika Pembohong...

Posted by hisham at 7:00 AM View Comments

Kebenaran yang sengaja disembunyikan.....

Orang Indialah yang pertama menjejakkan kaki ke bulan..bukan orang Amerika..

Cuba anda lihat bayang-bayang dibawah...







Adakah anda perasan dengan gambar ini ?

Gambar ini cukup terkenal diseluruh dunia, inilah gambar Neil Armstrong ketika menjejakkan kakinya di bulan..........

Tetapi NASA hanya mengeluarkan separuh sahaja gambar ini untuk mengaburi dunia........

Sekarang saksikan gambar penuh........!!!!

                                                                          *
                                                                          *
                                                                          *
                                                                          *
                                                                       *    *
                                                                          *
**********************************************************************************************
***************************************************************************************
*****************************************************************************************







Pernah melihat gambar ini ?..hehe..


~re-post entry ~

Wednesday, December 9, 2009

Melayu oh Melayu...

Posted by hisham at 11:00 AM View Comments

Aku hairanlah knp org melayu sering melabelkan org melayu lain suka berdengki,adakah bangsa melayu ni mmg suka berdengki atau ayat yang paling popular sekrang ni PHD(perasaan hasad dengki)..betulke??

Sebelum aku membuat nurkilan ini, aku ada cuba mencari di Google berkaitan hal ini sekadar rujukkan..tapi tidak aku temui..yang aku temui ialah..MELAYU dengkilah, MELAYU ada PHD la, MELAYU pantang tgk MELAYU yg lain senanglah..dan bla.bla.bla, kesemuanya bersifat negative,dan yang peliknya orang melayu jugalah yang mengeluarkan kenyataan2 ini.

Aku selalu terdengar ungkapan.."org melayu ni pantang tgk org melayu lain senang.."..".org melayu ni kalo buka kedai selalu berdengki, dengki dgn pekedai melayu yg lain, org cina ni bagus..kalo kita pergi ke kedai cina nk membeli brg dan dikedai tu kehabisan stok, perkedai cina tu akan mencadangkn kita cuba cari di kedai yg cina yg lain.."..itulah ungkapan yg selalu aku dengar. Aku mengakui org melayu ni kalo berdengki sampai ke tahap tok dukun die rujuk, tok pawang, tok batin , tok mudim dan seangkatan dgnnye, tapi bangsa lain pun ada juga berbuat sedemikian, tapi kenapa bangsa melayu di highlight kan sgt. Kita sebenarnya tidak tahu situasi atau keadaan bangsa2 yang lain itu.Kita serupa sahaja..

Allah s.w.t menciptakan kita berlainan bangsa dan berlainan ideologi..tetapi Allah s.w.t tidak mencipta org melayu mempunyai sifat PHD, kesemua bangsa sama sahaja..baik orang cina, india,kadazan, dusun,Uganda, Zimbabwe. dan lain2 bangsa, janganlah kita bersikap racist sesama sendiri, kitakan sebangsa dan sehati berdansa..

p/s..belajar sampai ke U..tapi bangang sampai ke Z..hehe...

Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq...




Monday, December 7, 2009

Bloggers terlampau...

Posted by hisham at 6:19 PM View Comments


Aku tujukan entri ini untuk semua blogger dan untuk diri aku disini. Aku bukan cuba untuk menuding jari pada sesiapa..sekadar cuba ingin menyungkil sedikit realiti atau kebenaran. Tercetusnya idea ni bila aku berYM dgn Cik Seroja jingga iaitu salah seorang blogger wanita yg dihormati kawan mahupun lawan yang terkenal dgn entri yg panas2 tu..hehe..tq Cik Seroja jingga.

Untuk ape korang buat blog. Untuk suka suka? Untuk share info..takpe tak perlu cakap.aku faham. Pokoknye semua sebab adalah sama..sharing information..lepas geram..yang pasti blogging adalah platform untuk kita tambah kenalan, bertukar-tukar fikiran,maklumat dan ada juga yang hendak mencari jodoh, seperti yang kita sedia maklum ialah blogger Kawie, Ahfatt dan Boneka dan x lupe juge kpd blogger Cik Mint.

Tetapi didalam keghairahan kita berbloging aku terperasan ade sikap sesetengah blogger yang bagi aku sangat tidak menyenangkan. Okehlah..aku pun tak pandai berbahasa bunga2 ni, lets straigh to the point...

Sejauh mane kamu mengikut tren “i follow u,u follow me” follower widget aku pun aku letak bawah sekali...sape nk follow tq sesangat, itu adalah kredit bagi aku, tapi kalo x follow pun xper..aku x kisah...cuma kalo org follow ataupun aku follow senang sikit keje aku, kalo aku nk tukar layout aku leh import link blog kwn2 yang aku follow tu..ini bukan follow me tau..tu jenama bedak. Aku tak rasa ini sesuatu yang bagus.maksud aku kalo bloger to memang dah bagus dan entrinye semua bagus2..tak perlu istilah i folow u, u follow me ni sume. Dengan otometiknye memang ade orang yang nak follow dia. Betul tak?

Aku pernah menegur tiga org blogger iaitu, Cik miera, Cik farae dan Mr Joegrimjoe..sbb asik aku je p blog dorang komen tapi dorang xde pn dtg komen kt blog aku...dan dorang ckp aku x ikhlas dan x jujur..ini bkn pasal keikhlasan ataupun kejujuran, tapi hormat menghormati antara satu sama lain.,bak kata perpatah melayu.." org berbudi kita berbahasa org memberi kita merasa "...

Tetapi, selepas tu cik miera dan cik farae selalu terjah blog aku dan menjadi akrab dgn aku, selalu gak aku berYM dgn Cik Miera ni.tapi Cik Farae aku xde YM die...hehe, Mr. Joe plak ade gak terjah, tp dua kali je..tapi aku selalu p blog die bg komen dan aku x buang pn link die kt blog aku..adakah aku x jujur??..dan byk lagi link2 blog yg aku komen tp dorang xde pun dtg terjah aku balik..sorang dua org adela..itupun jarang2 dan lagi blog2 yg aku selalu terjah tu pun xde link aku, aku x kisahpun n x dengki pun..kalo aku mrh dh lame aku buang link dorang kat blog aku tu, adakah aku x jujur atau x ikhlas???

Bercakap soal cemburu.ni yang best sangat ni..patut ke kita cemburu pada blogger yang lelaki ramai folower pmpuan..dan pmpuan yang ramai follower lelaki?? atau cemburu pada blogger yang trafic komennye sampai 60 and above (tak termaksuk komen dari diri sendiri)..mungkin ramai yang cemburu tapi tak mau mengaku kan.maafkan aku..aku cuba cungkil rahsia disini.

Memang lah kadang2 aku sendiri ketandusan idea, nak update ape dan ade juga rakan2 blogger yang lain copy, paste dan edit balik dari email ataupun Mr.Google or Ms Yahoo. Bila dorang dapat, dorang post dalm entry dorang, bukan ape..maybe dorang saja nak kongsi idea and info. Jadi kesimpulannya, kalo ye pun si pembaca dah tau yang bende tu copy paste atau pernah terbaca kt mane2 sekali pun, tak yah lah nak tinggal kan komen “oh aku dah baca ni..dulu aku pernah baca kat bla bla bla”...

kalau kamu lah si blogger itu, jika kamu dapt komen mcm ni,,ape kamu rasa ?. Si pengomen harap diam2 sudah lah..tak perlu jatuh kan airmuka si penulis..ye mungkin kamu tidak sedar ini berlaku..kadang2 aku pun ade jugak terbaca bende2 recycle ni..tapi disebabkan aku ada rasa hormat dengan si penulis..aku diam kan saja dan aku akan mengomen seolah-olah aku tak tahu menahu langsung dan adelah lebih baik diam dari komen mcm tu.

Lagi satu yang aku perasan sangat..tak perlulah kita nak mendabik dada kat sini..nak pilih bulu..awek cun je aku nak folo..atau balak yang selalu dtang kat blog aku je aku nak komen..jadilah jujur sejujurnye..tak yah lah nak memilih bulu ataupun tak perlu memilih kasih dlm memberi komentar dlm blog yg diterjah.

Dan tak yahlah nak cemburu bagai. Kalo kita ni bagus..peramah..tak sombong..dapat lah bnyak kawan..jadilah blogger yang humble ataupun merendah diri. Sape2 yg ade memberi komen diblog aku..dgn pantas aku linkkan balik blog org tu dan aku terjah blog die balik sbg tanda hormat dan trm ksh...insya Allah..


Aku hanya tempelan je disini, bukan cuba nak kata diri aku bagus..aku pun tak bagus kadang2 entry merapu..memang susah nak puaskan hati sume orang..aku sekadar memberi pendapat sahaja..terpulang.! tepuk dada tanya iman..tapi bagi kaum pompuan jgn tepuk kuat sgt nanti leperla plak..x caye tnye Cik Serojajingga kite..hehe..Akhir kalam, ampun n maaf bebyk kt name2 yg aku sebut diats..


Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq...
 

Sunday, December 6, 2009

Fahamilah kenapa...

Posted by hisham at 1:00 PM View Comments

Salam kawan2... tujuan aku postkan entri yg aku amik dari Mr.Google ni sbbnye aku tgk byk blogger2 yg kecewa, sedih, lara, nak mkn racun tikus pun ade, nak sekeh diri sendiri pun ade, ade yg putus asa..dan mcm2 lagi..aku dapat tau ni setelah aku terjah blog dorang dan ade yg aku dpt maklum balas dari YM dan mahu jugak melalui telifon..akhir kalam..may god bless u or otherwise may god belasah u.....


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang  paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan    sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Dan Ini Doa2 Orang Yang Bercinta..hehe(baru tambah xdi lupe)


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan..Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat.Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau redhai…dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.


 


Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq

Saturday, December 5, 2009

Abah..pinjam duapuluh ringgit...

Posted by hisham at 10:52 AM View Comments


Seorang bapa yang yang bekerja lawat malam kerana mambuat overtime dalam keadaan letih dan penat baru tiba dirumah dan mendapati anak lelaki tunggalnya bernama amin, yanga berumur lima tahun menuggunya dipintu..

Amin : Abah, boleh amin tanya sesuatu tak ?..

Abah : Nak yanya apa amin..tanyalah cepat sikit, abah penat ni..

Amin : Abah..berapa gaji abah untuk satu jam ?

Abah : itu bukan urusan amin..kenapa sibuk nak tahu ?..jawab si abah dengan marah.

Amin : Amin saje nak tahu. Tolonglah bagitahu amin barapa ringgit satu jam gaji abah..

Abah : Kalau kamu mahu tahu sangat..gaji abah RM50.00 satu jam..

Amin : "Oh."..jawab si Amin sambil menundukkan kepalanya..

Amin : Abah..boleh tak amin pinjam duit abah sebanyak RM20.00 ringgit ?

Si abah sangat marah, "kalau itu alasannya kamu nak pinjam duit abah semata-mata hendak membeli permaianan bodoh atau benda yang tak berguna itu abah tak izinkan. Abah nak kamu pergi ke bilik sekarang dan tidur..

Si abah memikirkan kenapa anaknya begitu mementingkan diri. Bukan bertujuan aku bekerja keras setiap hari semata-mata untuk membeli mainan yang bodoh tu.

Selepas sejam berlalu. si abah pun telah reda akan kemarahannya dan mula berfikir..mungkin anak aku ni memerlukan sesuatu dengan rm20.00 itu, lagipun amat jarang sekali dia minta duit daripada aku. Si abah pergi ke bilik anaknya dan membuka pintu..

"Amin..kamu dah tidur ke belum" ?
" Belum lagi abah." jawab si amin. " Abah ade berfikir tadi, mungkin abah terlalu berkeras dengan amin tadi "

"lagipun .abah penat sangat harini dan lagi. amin juga jarang minta duit dengan abah ".Ini duit RM20.00 ringgit seperti yang amin nak ".

Si Amin terus bangun dan tersenyum. " Abah, terima kasih abah " jawab si amin dengan gembira. Selepas itu si amin pun mengambil sesuatu dari bawah bantal yang berupa wang tunai yang renyuk. Si abah terkejut kerana anaknya telah pun mempunyai wang, dan si abah mula naik angin. Si amin dengan tenangnya mengira wang2 yang telah tersimpan termasuk wang pemberian abahnya tadi dan memandang ke arah abahnya.

" Mengapa amin mahukan wang dari abah sedangkan amin sudah pun mempunyai wang "..rungut si abah.

" kerana amin tidak mempunnyai wang yang cukup " jawab si amin. "Abah.. amin telah pun mempunyai wang sebanyak RM50.00 sekarang.

"abah..boleh tak amin membayar gaji abah untuk satu jam?.."boleh tak abah pulang awal esok"

Amin nak makan malam bersama abah..  Dah lama benar kita tak makan malam bersama . Abah asyik sibuk je..Si abah merasa terharu dan sedih. Abahnya  memeluk amin dengan penuh erat dan meminta maaf diatas kesalahannya sebelum ni..

Moral cerita ni...luangkan masa bersama anak2..rugikah kita utk meluangkan masa bersama anak2 kerana takut akan kehilangan RM50.00???,,renung2kanlah...wasalam

~mungkin anda telah membaca atau terbaca kisah ni..tapi biarlah rahsia...hehehe~

Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq






Thursday, December 3, 2009

10 sifat2 bakal bini gua...

Posted by hisham at 10:00 AM View Comments
Alamak perlu ke aku buat entry pasal ciri-ciri wanita idaman aku ni?… sepatutnya tak perlu. Tapi baru-baru ni kawan2 aku bertanyakan sifat2 wanita yang aku suka dengan kata lain yang boleh dijadikan isteri. So, aku pun terdetik nak buat entri pasal ni,.sekarang just nak cari calon je (ada ke orang nak kat aku ni) buat apa nak kawin awal-awal (cam mude sgt), tak puas enjoy lagi, nak bersosial pun tak boleh… nanti tak pasal-pasal kata aku dayus kan.. kan.. kan… haaaa baik cari duit banyak-banyak, cari aset beli rumah, upgrade kereta, mantapkan diri dari segi zahir dan batin, sedar diri.. haaa baru la leh kawin… bak kata adik upin&ipin.. betul3x…

Sifat pertama... yang perlu ada pada wanita idaman aku adalah dia seorang happy go lucky… aku ni suka buat lawak sengal.. kalau dia tak jenis penyabar mesti dia akan bengang dengan lawak aku ni yang kekadang kearah lawak lucah… lawak aku selalunya akan mengakibatkan orang sakit hati dan rasa nak lempang2 je kat aku hahahaha…

Sifat kedua...haaa yang ni paling penting,… dia mestilah pandai masak… almaklumlah aku ni suka makan, bukan kuat makan, masak mesti lauk yang sedap2, jangan asik sambal belacan dengan ikan masin  je hari-hari, aku ni tak la cerewet sangat, tapi yang penting lauk tu mesti la pedas dan sedap, sup2 aku suka., aku suka makanan yg berkuah tak suka kering, nanti takut tercekik... 

Sifat ketiga...mesti pandai jaga hati mak aku… kalau mak aku suruh picit kaki dia ke, suruh pergi beli sayur ke, suruh hantar dia pergi shopping ke mesti ikut, jangan nak merungut2 (aku ni pemalas sebab tu aku suh si dia yang buat)…  mak!.. apa lagi kasi ragging sama dia… hahahaha..

Sifat keempat.. mestilah pakai tudung kalau kat luar.. actually aku lagi suka wanita tak bertudung… tapi kalau dah jadi isteri haruslah bertaubat ye, udah-udah la bersoSial tu dan nak berinternet pun aku tak kasi..facebook ke,blog ke,Frendster ke,myspace ke..aku larang samasekali buang mase je,aku bagitahu dia.."kan you dah ada i"..Kalau boleh yg buta IT aku wat bini..baru line clear.....hehe

Sifat kelima… muka mesti iras-iras penyanyi Arab, pandai gelek, berbulu, rambut panjang, kurus, tak pun chubby (lots of water) tapi jangan over the chubby patah pinggang beb!.bontot tongek...hehe. seksi dan bergaya.

Sifat keenam … minat atau hobi si dia mesti tak sama dengan minat atau hobi aku, aku suka main internet, lepak ngan kengkawan, bersosial, tak suka bertukang, tak suka memancing, jadi perempuan tu mestilah terbalik dari minat dan hobi aku tu… huh! boleh tahan ke kalau nak suruh perempuan tu bertukang?…

Sifat ketujuh… gaji aku gaji aku… gaji kau gaji aku hahaha… tapi hidup susah dan senang haruslah sama-sama… kalau i tak cukup duit you bantu i.. kalau you tak cukup duit i tolong you, give n take maa…

Sifat kelapan… aku kalau boleh tak nak anak ramai-ramai… jadi perancangan keluarga adalah amat penting dalam kehidupan sebagai isteri aku… cukuplah anak sorang dua… sebab aku tak nak anak-anak aku nanti dibahagikan kasih sayang… kalau boleh fair n square…  adil dan saksama… kalau sorang dapat mainan.. sorang lagi mesti dapat… sorang belajar sampai UK sorang  lg mesti belajar kat Austrailia..adil kan…

Sifat kesembilan… mesti pandai cakap omputeh atau lebih dari satu bahasa dan mesti ajar anak2 aku…. apasal?… sebab aku ni tak reti sangat speaking.. jadi kalau orang tipu aku, anak2 aku kan ada hahahaha… selain dari tu, anak-anak aku boleh ajar aku bahasa yang diaorang tahu tu.. tak kesah la bahasa tamil ke bahasa arab ke…

Sifat kesepuluh… hantaran jangan letak mahal-mahal sangat, aku tak mampu la, kalau nak aku terimahlah seadanya (aku ni sedang2 je), jangan nak demanding..u nak duit i ke nak i??,..hehe

Aku rasa cukup la sepuluh sifat ni, sebenarnya ada lagi, tapi lupa la.. kalau ada sifat2 lain lagi nanti aku tambah… hahahaha jadi aku rasa tak ada pun sorang yang layak untuk aku ni… aku pun tak kesah.. kalau ada jodoh ada la … kalau tak ada jodoh aku redha kepada Allah...


Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq


Tuesday, December 1, 2009

Isteri Tuan Hakim digomol...

Posted by hisham at 4:05 PM View Comments
Seorang lelaki bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai menjual barangan kemas. Suatu hari selepas pulang dari kerja dia mendapati ada sebuah kereta di parking rumahnya. Dia mula berasa gelisah. Namun dia terus masuk ke dalam rumah. Selepas membuka pintu biliknya dia bagaikan dipanah halilintar apabila mendapati isterinya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. 

Tanpa sepatah perkataan pun, dia melepaskan tembakan kepada pasangan tersebut. Tembakan dari senapang 'pumpgun' pengawal keselamatan itu menembusi kepala pasangan tersebut dan mereka mati di tempat kejadian. 
Selepas itu pengwal keselamatan tersebut pun menyerah diri dibalai polis.


Di akhir perbicaraan kes ini:


Hakim: Kamu di jatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dengan niat. Kamu ada apa- apa permintaan terakhir?


Tertuduh: Ada Tuan Hakim. Saya ada satu permintaan.


Hakim: Silakan. Saya bersedia mendengarnya.


Tertuduh: Sebelum hukuman dijalankan saya ingin meminta izin dari Tuan Hakim untuk tidur bersama isteri Tuan Hakim. Itupun kalau....


Belum sempat si tertuduh menghabiskan kata- katanya tukul kayu milik Tuan Hakim sampai ke mukanya, walaubagaimanapun dia sempat mengelak lalu terkena pegawai polis yang menjaga kandang tertuduh. Lebamlah mata kanan pegawai polis tersebut. Tercengang seluruh hadirin di mahkamah tersebut.


Hakim: Mengapa kamu begitu biadap?


Tertuduh: Itulah Tuan Hakim saya belum pun tidur dengan isteri Tuan Hakim, Tuan Hakim dah baling saya dengan tukul kayu. Baru nak mintak izin. Cuba Tuan hakim bayangkan situasi dimana isteri Tuan Hakim sedang digomol lelaki lain. BegiItulah perasaan saya pada ketika itu. Malangnya yang ada di tangan saya ialah selaras 'pumpgun'. Terima Kasih kerana sudi mendengar permintaan saya.


Muka Tuan Hakim pada ketika itu pun bertukar kebiru - biruan....


Persoalannya: Adilkah hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan Hakim?


Anda nilailah sendiri cerita ini...

~Moral cerita ini....pasang CCTV dirumah anda...




Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq




 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez