Thursday, December 3, 2009

10 sifat2 bakal bini gua...

Posted by hisham at 10:00 AM
Alamak perlu ke aku buat entry pasal ciri-ciri wanita idaman aku ni?… sepatutnya tak perlu. Tapi baru-baru ni kawan2 aku bertanyakan sifat2 wanita yang aku suka dengan kata lain yang boleh dijadikan isteri. So, aku pun terdetik nak buat entri pasal ni,.sekarang just nak cari calon je (ada ke orang nak kat aku ni) buat apa nak kawin awal-awal (cam mude sgt), tak puas enjoy lagi, nak bersosial pun tak boleh… nanti tak pasal-pasal kata aku dayus kan.. kan.. kan… haaaa baik cari duit banyak-banyak, cari aset beli rumah, upgrade kereta, mantapkan diri dari segi zahir dan batin, sedar diri.. haaa baru la leh kawin… bak kata adik upin&ipin.. betul3x…

Sifat pertama... yang perlu ada pada wanita idaman aku adalah dia seorang happy go lucky… aku ni suka buat lawak sengal.. kalau dia tak jenis penyabar mesti dia akan bengang dengan lawak aku ni yang kekadang kearah lawak lucah… lawak aku selalunya akan mengakibatkan orang sakit hati dan rasa nak lempang2 je kat aku hahahaha…

Sifat kedua...haaa yang ni paling penting,… dia mestilah pandai masak… almaklumlah aku ni suka makan, bukan kuat makan, masak mesti lauk yang sedap2, jangan asik sambal belacan dengan ikan masin  je hari-hari, aku ni tak la cerewet sangat, tapi yang penting lauk tu mesti la pedas dan sedap, sup2 aku suka., aku suka makanan yg berkuah tak suka kering, nanti takut tercekik... 

Sifat ketiga...mesti pandai jaga hati mak aku… kalau mak aku suruh picit kaki dia ke, suruh pergi beli sayur ke, suruh hantar dia pergi shopping ke mesti ikut, jangan nak merungut2 (aku ni pemalas sebab tu aku suh si dia yang buat)…  mak!.. apa lagi kasi ragging sama dia… hahahaha..

Sifat keempat.. mestilah pakai tudung kalau kat luar.. actually aku lagi suka wanita tak bertudung… tapi kalau dah jadi isteri haruslah bertaubat ye, udah-udah la bersoSial tu dan nak berinternet pun aku tak kasi..facebook ke,blog ke,Frendster ke,myspace ke..aku larang samasekali buang mase je,aku bagitahu dia.."kan you dah ada i"..Kalau boleh yg buta IT aku wat bini..baru line clear.....hehe

Sifat kelima… muka mesti iras-iras penyanyi Arab, pandai gelek, berbulu, rambut panjang, kurus, tak pun chubby (lots of water) tapi jangan over the chubby patah pinggang beb!.bontot tongek...hehe. seksi dan bergaya.

Sifat keenam … minat atau hobi si dia mesti tak sama dengan minat atau hobi aku, aku suka main internet, lepak ngan kengkawan, bersosial, tak suka bertukang, tak suka memancing, jadi perempuan tu mestilah terbalik dari minat dan hobi aku tu… huh! boleh tahan ke kalau nak suruh perempuan tu bertukang?…

Sifat ketujuh… gaji aku gaji aku… gaji kau gaji aku hahaha… tapi hidup susah dan senang haruslah sama-sama… kalau i tak cukup duit you bantu i.. kalau you tak cukup duit i tolong you, give n take maa…

Sifat kelapan… aku kalau boleh tak nak anak ramai-ramai… jadi perancangan keluarga adalah amat penting dalam kehidupan sebagai isteri aku… cukuplah anak sorang dua… sebab aku tak nak anak-anak aku nanti dibahagikan kasih sayang… kalau boleh fair n square…  adil dan saksama… kalau sorang dapat mainan.. sorang lagi mesti dapat… sorang belajar sampai UK sorang  lg mesti belajar kat Austrailia..adil kan…

Sifat kesembilan… mesti pandai cakap omputeh atau lebih dari satu bahasa dan mesti ajar anak2 aku…. apasal?… sebab aku ni tak reti sangat speaking.. jadi kalau orang tipu aku, anak2 aku kan ada hahahaha… selain dari tu, anak-anak aku boleh ajar aku bahasa yang diaorang tahu tu.. tak kesah la bahasa tamil ke bahasa arab ke…

Sifat kesepuluh… hantaran jangan letak mahal-mahal sangat, aku tak mampu la, kalau nak aku terimahlah seadanya (aku ni sedang2 je), jangan nak demanding..u nak duit i ke nak i??,..hehe

Aku rasa cukup la sepuluh sifat ni, sebenarnya ada lagi, tapi lupa la.. kalau ada sifat2 lain lagi nanti aku tambah… hahahaha jadi aku rasa tak ada pun sorang yang layak untuk aku ni… aku pun tak kesah.. kalau ada jodoh ada la … kalau tak ada jodoh aku redha kepada Allah...


Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq


blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez