1) Tak sanggup bangun malam
Saat baru berkahwin, siapa xnak bangun malam kan? Apa yang saya maksudkan di sini adalah sekiranya sesetiap pasangan yang berkahwin mesti mahukan anak kan. Ingin meneruskan zuriat mereka. Tetapi bersediakah seseorang perempuan itu untuk bangun malam menjaga anak kecil? Apabila sudah ada anak, bangun malam sudah menjadi kewajiban untuk golongan perempuan yang bergelar ibu. Faham2 aje la ragam anak kecil. Sekiranya kaum perempuan belum bersedia untuk bangun malam, jangan gatal nak kahwin.
2) Tak pandai dukung anak
Tanya saya cara nak dukung pun saya bole ajar. Apatah lagi lelaki liar di luar sana yang selalu dukung awek awek liar. Hehe! Bagi saya dukung anak, bayi dan sewaktu dengannya adalah benda basic dalam menjaga kanak kanak atau dalam bahasa mudahnya anak anak kecil. Jangan sesekali gatal nak kahwin kalau benda ni pun perempuan belum master.
3) Rasa kotor nak basuh berak anak
Hahaha! Alasan ini saya rasa paling kukuh bagi saya untuk katakan pada perempuan jangan gatal kalau nak kahwin kalau belum bersedia. Berak? Tahik? Kotor tak puan puan. Ibu ibu tahu lah jawapannya. Kepada perempuan yang nak kahwin tu banyak banyaklah belajar dari ibu ibu sebelum nak ajak pasangan kahwin. Ada jugak saya dengar cerita yang si suami buat semua keje camni. Si isteri pula? Takkan tengok saja. Memang x dinafikan suami pun kena buat keje cmni tapi ingat ini adalah tugas si isteri. Sekali lagi, perempuan jangan gatal nak kahwin kalau belum bersedia melakukan keje keje macam ini.
4) Tak tahu nak buat apa kalau anak menangis
Saya nasihat jangan kahwin kalau x tahu nak buat apa kalau bayi menangis. Lu orang perempuan jangan gelak bila saya cakap cmni sebab banyak ibu yang x tahu nak buat bila bayi mereka menangis terutama waktu malam. Golongan ibu muda yang umurnya belasan tahun terutamanya. Umur awal 20-an pun saya rasa kena banyak blaja sebelum nak ajak pasangan kahwin,jangan bagi ubat batuk plak kt anak agar senang tidur.Tapi jangan la kahwin lewat plk, nanti susah, tua2 baru nak dapat anak,nanti kang org tanya..ni cucu ke?...hehe
Rasanya cukup la setakat ni dulu. Kalau nak senaraikan semua memang xkan abis. Hehe! Kepada ibu ibu yang baca artikel ni sila silalah kongsi pengalaman anda supaya anak anak muda sedar terutama yang tengah gatal nak berkahwin tu . Jadi kepada perempuan yang nak kahwin tu saya nasihat agar benda2 asas yang saya senaraikan kat atas tu tidak dipandang remeh walaupun kedengarannya mudah.
UnrestMind
"there is enough in the world to feed everyone's need but not enough to feed everyone's greed"
Sunday, November 22, 2009
Perempuan2 yang nk barkahwin..sanggup ke???.
Posted by Hisham Sheikh at 1:43 PM View Comments
Friday, November 20, 2009
maaf n maaf..ade link2 kengkawan aku dh hilang...nnti aku recover balik ..
Blog n layout aku dh corrupt,sumenye bengong mgkin sbb aku x bg kredit kt pereka layout tu kut,aku asik edit2 HTML layout,aku buang name pereka layout tu,aku bubuh name aku. Link2 Mencemar Duli ade yg x ade dan ade yg ade..kalau ade kengkawan aku yg tgk link die xde jgn kecik hati k...nnti aku link balik..bg aku link2 ni penting,secara x langsung kite leh promote blog org tu...kekadang aku nyampak gak bile aku terjah blog org lain..tup2!! link aku xde ataupun diaorang x terjah pun aku balik..tp xperla..aku x mrh pun.tp aku rase mcm x dihargai jer,aku sedar aku saper..
k la..dari Allah kita datang dan kepadanyalah kite kembali..yg buruk dri saye dan yg baik hanya dri Allah s.w.t..
Posted by Hisham Sheikh at 10:37 PM View Comments
Tuesday, November 17, 2009
Mahaguru vs Lelaki vs Wanita...
Seorang mahaguru tersohor mempunyai sekumpulan anak murid, dalam kumpulan tersebut muncul 2 murid yang sangat berwibawa yang amat di sayanginya, seorang wanita dan lelaki. Malangnya lelaki dan wanita ini saling bertelagah dan tidak sefahaman dan masing-masing mengatakan diri mereka lebih hebat di antara satu sama lain. Si wanita bertegas mengatakan dia lebih hebat dan kuat dari si lelaki manakala si lelaki juga tetap tidak berganjak dengan pendiriannya lelaki lebih kuat dari wanita.
Si mahaguru sedar, perbalahan sebegini tidak akan selesai sampai bila-bila dan cuba untuk menyelesaikan kekeruhan di antara 2 muridnya ini. Maka di panggil kedua-kedua muridnya bersemuka, dan di tanya secara dengan tegas kedua-duanya.
” Wahai anak muridku berdua, kenapa aku sering mendengar dan melihat kamu berdua bertengkar dan berbalahan di antara satu sama lain sedangkan kita mempunyai satu tujuan, apa yang menyebabkan kamu berdua berkelakuan sebegini?”
Lalu jawab si anak murid lelaki, “wahai guru, saya tidak tahan dengan keangkuhan dan kesombongan yang si dia ni tunjukkan seolah-olah dia dan wanita-wanita di dunia ini lebih kuat dari lelaki, saya sedar walaupun bilangan mereka lebih ramai dari lelaki namun hakikatnya lelaki lebih kuat dari wanita, sudah termaktub begitu sejak dari zaman berzaman”
Maka dengan pantas si anak murid wanita menjawab “wahai guru, tengoklah si dia ni masih mahu menegakkan benang yang basah mengatakan lelaki lebih kuat dari wanita, sedangkan sejak dari azali lagi wanita sememangnya kuat dari lelaki, hanya lelaki yang tidak mahu menerima hukum alam sebegitu”.
Barulah si mahaguru tahu punca sebenar perbalahan mereka, maslahah jantina mana yang sebenarnya kuat, sambil tersenyum di dalam hati si mahaguru berfikir kenapalah anak-anak muridnya yang paling pandai ini boleh berfikiran benda-benda macam ni. Lalu tanya beliau kepada si lelaki, “mengapa kamu katakan lelaki lebih kuat?”.
Si anak murid lelaki lalu menjawab dengan yakinnya “lelaki mempunyai kekuatan fizikal semula jadi, mampu mengangkat benda-benda berat, mampu memimpin bala tentera yang ramai dan boleh menghunus pedang pada bila-bila masa”.
“Betul kata kamu, namun lelaki juga memerlukan wanita di sisinya” jawab si mahaguru dengan ringkas. Dan bertanya pula kepada anak murid wanitanya, “..dan mengapa kamu mengatakan wanita sebenarnya lebih kuat dari lelaki?”.
lalu dengan penuh yakin si anak murid wanita menjawab “Wanita sebenarnya lebih kuat dari lelaki, satu malam semasa melalui depan rumah mahaguru saya ada mendengar mahaguru bercakap dengan seseorang, bahawa wanita lebih kuat dari lelaki sebab seorang wanita mampu membawa 2 buah gunung di dadanya kemana-mana sahaja sedangkan kekuatan yang ada pada lelaki hanya mampu membawa seekor burung dan dua biji bola kecil sahaja bersama-samanya. Bukankah itu bukti wanita lebih kuar dari lelaki?“
Si Mahaguru terus terdiam “Aiseh men, camner pulak budak ni boleh dengar aku wat joke ngan bini aku nih…..ni mesti kes lupa tutup tingkap nih…aduusss’….
Moral of the story…..jangan lupe tutup tingkap rumah anda dan jgn cakap nak best jer... he he he
Posted by Hisham Sheikh at 8:18 PM 35 comments
Tuesday, November 10, 2009
Lighter oh Lighter...
Kes 1
Seperti biase,selepas aku mngeluarkan sebatang rokok dari kotak dan meletakknyer dimulut sambil menyelukkn tangan kedalam poket seluar, mncari lighter utk menyalakn rokok yg sedia mnanti dibibirku. Tetapi,pencarian aku tdk brmakne krn semue poket diseluar dan baju sdh aku jelajahi tetapi,lighter masih juga tidak kutemui. Didalam hatiku brkata.."mamat mane plak yg rembat lighter aku nie...???"..isshh!!...mane la peginye...aku dh x tahan ni.."
Aku cube mngingati dan cube mengagak siapahkah yg tergamak merembat lighter aku, tapi semua sia2 berlake krn aku sdh tak mampu brfikir dan tak tahan lagi. Bukan mudah bagi aku keluar utk mncari dan meminjam lighter krn, aku berade didalam tandas dlm keadaan sparuh bogel utk mlepaskan hajat aku yg sekian lame tertangguh ni. Aku trpakse melepaskn jua tanpa rangsangan yg baik dan jitu...
(melepaskan hajat sambil mennghisap rokok adelah satu dari kenikmatan dunia yakni..seperti melepaskan syahwat,nikmatnye hanye perokok2 shj yg tahu)
Kes 2
Aku mengeluarkan sebatang rokok lalu diletakkn dibibir sambil tangan menyeluk kedalam poket seluar. Tiba-tiba jari-jemariku yg halus dan mulus, tersentuh beberape lighter yg berada dalam poket sluar aku. Aku kehairanan krn setahu aku,aku hanye mempunyai sebuah lighter shj tetapi,bagaimanakah bisa aku memiliki beberape lighter. Jumlah lighter yg aku temui didalam poket aku adelah sebanyak empat buah. Bagaimana poket sluar aku blh menggandakan lighter2 tersebut. Adakah poket aku mempunyai Magic?. Hatiku pn berkata "wah..dasyat ni,kalo aku ltk RM10 leh jd RM40..wau kaye aku ni". Adakah lighter tersebut milik org lain yakni kawn2 aku?. Berkemungkinan besar aku terambil atau termiliki semase menghisap rokok bersama-sama mereka tadi. Milik siapa aku tidak mengetahuinye. Walaupun harganye tdk mahal tapi bagi prokok2 ianye amt bernilai dan bermakna.tapi apekan dayaku, mungkin sdh tertulis ianye milikku. Aku juga sering kehilangan lighter dan aku terseksa kerananya.
(Tabiat begini mmg lazim dan selalu terjadi dikalangan perokok2..tetapi ianya adalah hal yg tidak disengajakan atau mmg disengajakn)
Posted by Hisham Sheikh at 7:53 PM 26 comments
Monday, November 9, 2009
Janganlah kau merasa diri kau hebat wahai SiLumut...
Entri ini dibuat untuk khas untuk memasuki Contest blog Lumut yang hangat diperkatakan sekarang oleh para2 blogger yang memang meroyan terhadap si Lumut nie. Aku perhatikan cerita2 org lain hebat2 berlake,cerita si AhFatt dan cerita si Kawie buat mase sekarang nilah. Cerite aku hanyalah sekadar dipinggiran je bak kate org melukut ditepian gantang...hehe..
Sebuah kapal selam karam di tengah laut kerana kehabisan minyak diesel. Hanya dua orang yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.Seorang bernama hisham dan sorang lagi bernama Lumut. Kedua mereka yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.
Doa pertama, kedua mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, Lumut melihat sebuah pokok yg penuh dengan buah-buahan tumbuh di tempat tinggalnye. Sedangkan di pulau tempat tinggal hisham tetap tidak berubah dan tidak ada ape2 yg terjadi. Seminggu kemudian, Lumut merasa kesepian dan kegersangan dan memutuskan untuk berdoa agar dikurniakan seorang boyfren.Yg sebenarnye si Lumut ni begitu menyukai si hisham ni,tetapi hisham ni menolak hubungan tanpa nikah. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang terselamat adalah seorang jantan yg gagah berenang dan terdampar di sisi tempat Lumut tinggal dan menjadi boyfren si Lumut ni. Sedangkan di pulau tempat tinggal hisham tetap tidak berubah dan tidak ada apa-apa yg terjadi. Lumut ini berdoa lg,berdoa memohon rumah, pakaian,makeup,modes dan makanan. Keesokan harinya,seperti keajaiban saja, semua yang dimintanya termakbul. Sedangkan di pulau hisham tetap tidak berubah apa-apa dan tiada ape yg berlaku.
Akhirnya, Lumut berdoa lg meminta speed boat agar dia dan boyfrennye dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah speed boat yg tertambat di sisi pantainya.Dengan pantas Lumut dan boyfrenye naik ke atas speed boat dan bersiap untuk meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan hisham yang tinggal di pulau lain tu keseorangan. Menurutnya,hisham tidak patut menerima berkah tersebut karena doa-doanya tak pernah dimakbulkan.
Ketika Lumut sedang brsiap hendak berangkat,tiba2..Lumut mendengar suara dari langit bergema, "Haiii Lumut, mengapa engkau meninggalkan hisham bersendirian di pulau ini?jawab Lumut, "Berkahku hanyalah milikku sendiri, karena hanya doakulah yang dikabulkan," ."Doa hisham kawanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak boleh mendapatkan apa-apa." "Kau salah!" suara itu membentak kemarahan."Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan,semua doanya dimakbulkan.Jika tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.""Katakan padaku," tanya si Lumut. "Doa macamana yg hisham panjatkan sehingga aku harus merasa terhutang budi atas semua ini padanya? suara itu menjawab.."Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"...tamat..
Kesombongan apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain ? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi keberhasilan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu hanya dari "yang terlihat" sahaja.Semoga kau insaf wahai si Lumut .
"blog esoksemalam best kerana aku dapat mngenali sahabat2 yg lain walaupun dialam maya..dan blog esok semalam tak best kerana "aku benci kat ko lumut ooooooiiiii...."jenuh aku copy n paste ko punye link,lenguh jari aku"...
Posted by Hisham Sheikh at 1:18 AM 33 comments
Sunday, November 8, 2009
Kenapa Org Melayu Mkn Dgn Tangan...
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan,
Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan
membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin
itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh
orang lain. Katanya:..
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab"
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya, hanya saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang
lain sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu
masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan
orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada
rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu,dan lg mkn mggunakan tangan adelah sunnah nabi saw..
Posted by Hisham Sheikh at 12:49 AM 23 comments
Friday, November 6, 2009
Kawan Yg Baik...

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
"dan aku bukanlah kwn yg baik..tp mencuba menjadi kwn yg baik"
Posted by Hisham Sheikh at 2:25 PM 19 comments






