Wednesday, December 9, 2009

Melayu oh Melayu...

Posted by hisham at 11:00 AM

Aku hairanlah knp org melayu sering melabelkan org melayu lain suka berdengki,adakah bangsa melayu ni mmg suka berdengki atau ayat yang paling popular sekrang ni PHD(perasaan hasad dengki)..betulke??

Sebelum aku membuat nurkilan ini, aku ada cuba mencari di Google berkaitan hal ini sekadar rujukkan..tapi tidak aku temui..yang aku temui ialah..MELAYU dengkilah, MELAYU ada PHD la, MELAYU pantang tgk MELAYU yg lain senanglah..dan bla.bla.bla, kesemuanya bersifat negative,dan yang peliknya orang melayu jugalah yang mengeluarkan kenyataan2 ini.

Aku selalu terdengar ungkapan.."org melayu ni pantang tgk org melayu lain senang.."..".org melayu ni kalo buka kedai selalu berdengki, dengki dgn pekedai melayu yg lain, org cina ni bagus..kalo kita pergi ke kedai cina nk membeli brg dan dikedai tu kehabisan stok, perkedai cina tu akan mencadangkn kita cuba cari di kedai yg cina yg lain.."..itulah ungkapan yg selalu aku dengar. Aku mengakui org melayu ni kalo berdengki sampai ke tahap tok dukun die rujuk, tok pawang, tok batin , tok mudim dan seangkatan dgnnye, tapi bangsa lain pun ada juga berbuat sedemikian, tapi kenapa bangsa melayu di highlight kan sgt. Kita sebenarnya tidak tahu situasi atau keadaan bangsa2 yang lain itu.Kita serupa sahaja..

Allah s.w.t menciptakan kita berlainan bangsa dan berlainan ideologi..tetapi Allah s.w.t tidak mencipta org melayu mempunyai sifat PHD, kesemua bangsa sama sahaja..baik orang cina, india,kadazan, dusun,Uganda, Zimbabwe. dan lain2 bangsa, janganlah kita bersikap racist sesama sendiri, kitakan sebangsa dan sehati berdansa..

p/s..belajar sampai ke U..tapi bangang sampai ke Z..hehe...

Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq...




blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez