Saturday, December 5, 2009

Abah..pinjam duapuluh ringgit...

Posted by hisham at 10:52 AM


Seorang bapa yang yang bekerja lawat malam kerana mambuat overtime dalam keadaan letih dan penat baru tiba dirumah dan mendapati anak lelaki tunggalnya bernama amin, yanga berumur lima tahun menuggunya dipintu..

Amin : Abah, boleh amin tanya sesuatu tak ?..

Abah : Nak yanya apa amin..tanyalah cepat sikit, abah penat ni..

Amin : Abah..berapa gaji abah untuk satu jam ?

Abah : itu bukan urusan amin..kenapa sibuk nak tahu ?..jawab si abah dengan marah.

Amin : Amin saje nak tahu. Tolonglah bagitahu amin barapa ringgit satu jam gaji abah..

Abah : Kalau kamu mahu tahu sangat..gaji abah RM50.00 satu jam..

Amin : "Oh."..jawab si Amin sambil menundukkan kepalanya..

Amin : Abah..boleh tak amin pinjam duit abah sebanyak RM20.00 ringgit ?

Si abah sangat marah, "kalau itu alasannya kamu nak pinjam duit abah semata-mata hendak membeli permaianan bodoh atau benda yang tak berguna itu abah tak izinkan. Abah nak kamu pergi ke bilik sekarang dan tidur..

Si abah memikirkan kenapa anaknya begitu mementingkan diri. Bukan bertujuan aku bekerja keras setiap hari semata-mata untuk membeli mainan yang bodoh tu.

Selepas sejam berlalu. si abah pun telah reda akan kemarahannya dan mula berfikir..mungkin anak aku ni memerlukan sesuatu dengan rm20.00 itu, lagipun amat jarang sekali dia minta duit daripada aku. Si abah pergi ke bilik anaknya dan membuka pintu..

"Amin..kamu dah tidur ke belum" ?
" Belum lagi abah." jawab si amin. " Abah ade berfikir tadi, mungkin abah terlalu berkeras dengan amin tadi "

"lagipun .abah penat sangat harini dan lagi. amin juga jarang minta duit dengan abah ".Ini duit RM20.00 ringgit seperti yang amin nak ".

Si Amin terus bangun dan tersenyum. " Abah, terima kasih abah " jawab si amin dengan gembira. Selepas itu si amin pun mengambil sesuatu dari bawah bantal yang berupa wang tunai yang renyuk. Si abah terkejut kerana anaknya telah pun mempunyai wang, dan si abah mula naik angin. Si amin dengan tenangnya mengira wang2 yang telah tersimpan termasuk wang pemberian abahnya tadi dan memandang ke arah abahnya.

" Mengapa amin mahukan wang dari abah sedangkan amin sudah pun mempunyai wang "..rungut si abah.

" kerana amin tidak mempunnyai wang yang cukup " jawab si amin. "Abah.. amin telah pun mempunyai wang sebanyak RM50.00 sekarang.

"abah..boleh tak amin membayar gaji abah untuk satu jam?.."boleh tak abah pulang awal esok"

Amin nak makan malam bersama abah..  Dah lama benar kita tak makan malam bersama . Abah asyik sibuk je..Si abah merasa terharu dan sedih. Abahnya  memeluk amin dengan penuh erat dan meminta maaf diatas kesalahannya sebelum ni..

Moral cerita ni...luangkan masa bersama anak2..rugikah kita utk meluangkan masa bersama anak2 kerana takut akan kehilangan RM50.00???,,renung2kanlah...wasalam

~mungkin anda telah membaca atau terbaca kisah ni..tapi biarlah rahsia...hehehe~

Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq






blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez