Tuesday, December 1, 2009

Isteri Tuan Hakim digomol...

Posted by hisham at 4:05 PM
Seorang lelaki bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai menjual barangan kemas. Suatu hari selepas pulang dari kerja dia mendapati ada sebuah kereta di parking rumahnya. Dia mula berasa gelisah. Namun dia terus masuk ke dalam rumah. Selepas membuka pintu biliknya dia bagaikan dipanah halilintar apabila mendapati isterinya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. 

Tanpa sepatah perkataan pun, dia melepaskan tembakan kepada pasangan tersebut. Tembakan dari senapang 'pumpgun' pengawal keselamatan itu menembusi kepala pasangan tersebut dan mereka mati di tempat kejadian. 
Selepas itu pengwal keselamatan tersebut pun menyerah diri dibalai polis.


Di akhir perbicaraan kes ini:


Hakim: Kamu di jatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dengan niat. Kamu ada apa- apa permintaan terakhir?


Tertuduh: Ada Tuan Hakim. Saya ada satu permintaan.


Hakim: Silakan. Saya bersedia mendengarnya.


Tertuduh: Sebelum hukuman dijalankan saya ingin meminta izin dari Tuan Hakim untuk tidur bersama isteri Tuan Hakim. Itupun kalau....


Belum sempat si tertuduh menghabiskan kata- katanya tukul kayu milik Tuan Hakim sampai ke mukanya, walaubagaimanapun dia sempat mengelak lalu terkena pegawai polis yang menjaga kandang tertuduh. Lebamlah mata kanan pegawai polis tersebut. Tercengang seluruh hadirin di mahkamah tersebut.


Hakim: Mengapa kamu begitu biadap?


Tertuduh: Itulah Tuan Hakim saya belum pun tidur dengan isteri Tuan Hakim, Tuan Hakim dah baling saya dengan tukul kayu. Baru nak mintak izin. Cuba Tuan hakim bayangkan situasi dimana isteri Tuan Hakim sedang digomol lelaki lain. BegiItulah perasaan saya pada ketika itu. Malangnya yang ada di tangan saya ialah selaras 'pumpgun'. Terima Kasih kerana sudi mendengar permintaan saya.


Muka Tuan Hakim pada ketika itu pun bertukar kebiru - biruan....


Persoalannya: Adilkah hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan Hakim?


Anda nilailah sendiri cerita ini...

~Moral cerita ini....pasang CCTV dirumah anda...




Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thankz 4 yr co-operation...tq




blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez