Monday, December 28, 2009

Chat Box komen...

Posted by hisham at 6:00 PM
Salam semuanya..aku ingin bekongsi pendapat sedikit tentang chat box widget. Chat Box ni memang tidak dinafikan memang berfaedah untuk aku, untuk pengetahuan kawan2 semua, aku tidak suka meletakkan sebarang widget didalam blog, kerana ia akan memberatkan dan memperlahankan blog aku ni, melainkan iainya berfaedah untuk aku dan barulah aku meletakkannya. Dulu aku enggan menggunakanya tapi setelah didesak oleh Cik Serojajingga, aku pun meletakkanya, katanya ada pengunjung2 tidak akan memberi komen didalam entri tapi meletakkan komen di chat box, katanya lagi pengunjung2 juga boleh menegur atau memberitahu sesuatu pada aku melalui chat box tersebut.

Okay, aku ingin meluahkn sedikit kerkalutan yang berlaku hampir setiap hari. Dulu aku tak merasakan sangat impaknya tapi selepas aku meletakkn shout mix widget didalam blog aku ni, ada saje komen2 yang boleh buat aku merasa terjentik, ada ysng meletakkan komen seperti.." blogwalking..sila follow saya dan link saya okay ."..dan ada juga " sila lawat blog saya dan folo saya tq "..ini semua komen  komen yang berbentuk arahan, sudahlah blog aku tidak difollownya tapi tak apalah aku redha,  tetapi  aku tidak nafikan ada juga komen2 yang membina.dan memberahikan.

Aku cuba untuk mendiamkan saja tapi lama kelamaan makin menjadi-jadi pula, dengan hati yang ikhlas dan penuh tawadhuk aku pergi ke link blog orang yang meletakan komen tersebut, aku pergi ke blognya dan aku memberikan sedikit komen didalam entrinya, salah satu komen aku berbunyi..

" salam ..tq tggalkn pesanan kt cht box kt blog aku..tp pesanan ko tu bestla ..tu yg wat aku dtg sini follow n  link ko ni...care aku ni aku rase lebih sopan skit, kite ni nk berkawan xyahla smpai cmtu main pesan dan arah2 je kt cht box tu, ok la aku dah follow ko dan link ko skali..tq n tk cre..sori."

Okay, stail aku senang saja, siapa saja yang komen didalam entri aku, untuk kali yang pertama atau tidak, InsyaAllah aku akan follow up balik, setiap komen yang diberikan aku amat hargai sangat2 ..InsyaAllah juga aku akan follow dan linkkn blog orang tu sekali...sekian..bubye.
blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez