Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.
Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan tergopoh-gopoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak cepat menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan.

Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib tergesa-gesa sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpaku si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.
"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

~Allah menyuruh kita berbuat baik kepada ibu bapa dan menjaga kebajikan mereka sehingga ke hari tua. Terfikirkah kita kalau ibu bapa kita dah berumur 80an, dah sakit, tak mampu berjalan, terlantar.. sejauh mana kesediaan kita dan kesabaran kita untuk menjaga orang tua yang telah banyak berkorban untuk kita dari kecil hingga kita besar. Semoga aku diberi kekuatan menghadapinya...aminnn
*****************************************************************************************************************