> > >

Wednesday, November 25, 2009

Binkisan Hati...

Posted by hisham at 4:49 PM View Comments
Mngkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Tuesday, November 24, 2009

Tidak kesampaian...

Posted by hisham at 1:43 AM View Comments
Hisham:
Aku rasakan, kita berada disebelah dunia yg lain,kesunyian dan keseorangan

Eikin:
Aku pun berfikir begitu juga, semua teman2 aku mempunyai boyfren, dan hanya tinggal kita berdua di dunia ini tanpa sebarang teman istimewa dalam kehidupan kita.

Hisham:
Yup, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi.

Eikin:
Aku tahu! kita akan bermain satu permainan...

Hisham:
Permainan apa yang kau maksudkan?..

Eikin:
Permainannya begini, aku akan menjadi girlfren kau selama 30 hari
dan kau akan menjadi boyfren aku selama 30 hari juga.Apakata kau??..

Hisham:
Wow!..hebat permainan ni,aku setuju..lagipun aku memang free dan pada minggu berikutnya pun aku free...

Hari Pertama:
Mereka pergi menonton movie pertama mereka bersama
dan mereka keduanya tersentuh kerana mereka menonton filem kisah cinta yang sungguh romamtik..

Hari ke-4:
Mereka pergi ke pantai dan berkelah sambil mandi manda, berkejaran sesama mereka ditepian pantai dan menyaksikan matahari terbenam bersama. Hisham dan Eikin merasai detik2 yang sungguh indah yang tidak pernah dialami oleh mereka sebelum ini...

Hari ke-12:
Hisham mempelawa Eikin ke Genting Highland dan mereka pergi ke Taman Tema.Disana mereka masuk ke rumah hantu.Di rumah hantu yang gelap, Eikin ketakutan dan untuk menenangkan ketakutannya dia terus memegang tangan Hisham tapi sebenarnya dia memegang tangan orang lain secara tak sengaja dan mereka berdua tertawa bila mengenangkannya.

Hari ke-15:
Mereka terjumpa dengan seorang peramal nasib di jalanan, dan mereka meminta pandangan tentang masa depan mereka.Peramal nasib itu berkata:
"Sayangku, tolong jangan mensia-siakan masa hidup anda,penuhilah saat2 indah bersama-sama, dengan gembiranya." Kemudian air mata pun mengalir keluar dari mata peramal nasib itu..

Hari ke-20:
Eikin mengajak Hisham pergi ke bukit Ampang untuk menghayati keindahan Kuala Lumpur dan melihat kecantikkan bangunan KLCC pada waktu malam dan mereka ternampak meteor dilangit serta bintang2 yang bertaburan diangkasa sambil Eikin melafaskan sesuatu secara senyap..

Hari ke-28:
Mereka menaiki bas bersama,oleh kerana jalan yang mereka tempuhi tu beralun-alun dan bas pun bergoyang-goyang..Eikin secara tidak sengaja memberikan ciuman kepada Hisham..

Hari ke-29:
11:37:
Eikin dan Hisham pergi ke taman, tempat pertama mereka bertemu dimana mereka memutuskan untuk bermain permainan ini.

Hisham:
Aku penat dan dahagalah Eikin .. kau nak apa2 minuman tak? Aku nak pergi beli air dekat kedai diseberang jalan tu..kau nak tak?

Eikin:

Aku nak air vanilla coke, itu sahaja. Terima kasih Sham..

Hisham:
Kau tunggu sekejap tau..

20 minit kemudian
Seorang anggota polis mendekati Eikin..

Anggota polis:
Adakah awakt teman kepada Hisham?

Ekin:
Ya, kenapa encik? Apa yang terjadi?

Anggota polis:
Seorang pemandu mabuk telah melanggar Hisham ketika beliau sedang melintas diseberang jalan sana.Beliau sekarang telahpun dikejarkan ke hospital dan berada didalam keadaan yang amat kritikal..

Ekin:
Ya Allah!!!..apa dah jadi..subahanallah!!!..Hisham!!!

11:57:
Doktor berjalan keluar dari bilik kecemasan dengan ditemani seorang anggota polis lalu mereka berjumpa dengan Eikin dan menyerahkan air vanilla coke yang masih didlam keadaan yg baik beserta sepucuk surat.

Doktor:
Saya terjumpa surat ini didalam kocek Hisham..

Eikin membuka lipatan surat itu dan membacanya..
Eikin, beberapa minggu terakhir ini, aku menyedari bahawa kau seorang gadis yg menawan dan baik, aku benar2 tertawan dgn senyuman manis kau, aku sayangkan kau semuanya dan kau begitu sempurna ketika kita bermain permainan ini. Sebelum permainan ini berakhir, aku ingin menjadikan kau teman wanita untuk sepanjang hayat aku dan aku nak menghabiskan sisa2 hidupku bersama kau...
Aku mencintaimu, Eikin...

Eikin meramas kertas itu dan berteriak:

"Hisham!!! Aku tidak ingin kau mati --
Aku mencintaimu; ingat tak malam itu ketika kita melihat meteor dan aku ada melafaskan sesuatu. Aku melafaskan, bahawa aku berharap kita akan bersama-sama selamanya dan aku berharap sangat bahawa kita tidak akan pernah menamatkan permainan ini. Tolong jangan tinggalkan aku Hisham .. Aku cinta kau! kau tidak boleh tidak boleh pergi begitu sahaja.. "

Kemudian, tepat pukul 12.00 AM ...

Degupan jantung Hisham berhenti mengepam ...

Itu adalah hari yang ke-30...

Sunday, November 22, 2009

Perempuan2 yang nk barkahwin..sanggup ke???.

Posted by hisham at 1:43 PM View Comments
1) Tak sanggup bangun malam
Saat baru berkahwin, siapa xnak bangun malam kan? Apa yang saya maksudkan di sini adalah sekiranya sesetiap pasangan yang berkahwin mesti mahukan anak kan. Ingin meneruskan zuriat mereka. Tetapi bersediakah seseorang perempuan itu untuk bangun malam menjaga anak kecil? Apabila sudah ada anak, bangun malam sudah menjadi kewajiban untuk golongan perempuan yang bergelar ibu. Faham2 aje la ragam anak kecil. Sekiranya kaum perempuan belum bersedia untuk bangun malam, jangan gatal nak kahwin.

2) Tak pandai dukung anak
Tanya saya cara nak dukung pun saya bole ajar. Apatah lagi lelaki liar di luar sana yang selalu dukung awek awek liar. Hehe! Bagi saya dukung anak, bayi dan sewaktu dengannya adalah benda basic dalam menjaga kanak kanak atau dalam bahasa mudahnya anak anak kecil. Jangan sesekali gatal nak kahwin kalau benda ni pun perempuan belum master.

3) Rasa kotor nak basuh berak anak
Hahaha! Alasan ini saya rasa paling kukuh bagi saya untuk katakan pada perempuan jangan gatal kalau nak kahwin kalau belum bersedia. Berak? Tahik? Kotor tak puan puan. Ibu ibu tahu lah jawapannya. Kepada perempuan yang nak kahwin tu banyak banyaklah belajar dari ibu ibu sebelum nak ajak pasangan kahwin. Ada jugak saya dengar cerita yang si suami buat semua keje camni. Si isteri pula? Takkan tengok saja. Memang x dinafikan suami pun kena buat keje cmni tapi ingat ini adalah tugas si isteri. Sekali lagi, perempuan jangan gatal nak kahwin kalau belum bersedia melakukan keje keje macam ini.

4) Tak tahu nak buat apa kalau anak menangis
Saya nasihat jangan kahwin kalau x tahu nak buat apa kalau bayi menangis. Lu orang perempuan jangan gelak bila saya cakap cmni sebab banyak ibu yang x tahu nak buat bila bayi mereka menangis terutama waktu malam. Golongan ibu muda yang umurnya belasan tahun terutamanya. Umur awal 20-an pun saya rasa kena banyak blaja sebelum nak ajak pasangan kahwin,jangan bagi ubat batuk plak kt anak agar senang tidur.Tapi jangan la kahwin lewat plk, nanti susah, tua2 baru nak dapat anak,nanti kang org tanya..ni cucu ke?...hehe

Rasanya cukup la setakat ni dulu. Kalau nak senaraikan semua memang xkan abis. Hehe! Kepada ibu ibu yang baca artikel ni sila silalah kongsi pengalaman anda supaya anak anak muda sedar terutama yang tengah gatal nak berkahwin tu . Jadi kepada perempuan yang nak kahwin tu saya nasihat agar benda2 asas yang saya senaraikan kat atas tu tidak dipandang remeh walaupun kedengarannya mudah.

Tuesday, November 17, 2009

Mahaguru vs Lelaki vs Wanita...

Posted by hisham at 8:18 PM 34 comments
Seorang mahaguru tersohor mempunyai sekumpulan anak murid, dalam kumpulan tersebut muncul 2 murid yang sangat berwibawa yang amat di sayanginya, seorang wanita dan lelaki. Malangnya lelaki dan wanita ini saling bertelagah dan tidak sefahaman dan masing-masing mengatakan diri mereka lebih hebat di antara satu sama lain. Si wanita bertegas mengatakan dia lebih hebat dan kuat dari si lelaki manakala si lelaki juga tetap tidak berganjak dengan pendiriannya lelaki lebih kuat dari wanita.

Si mahaguru sedar, perbalahan sebegini tidak akan selesai sampai bila-bila dan cuba untuk menyelesaikan kekeruhan di antara 2 muridnya ini. Maka di panggil kedua-kedua muridnya bersemuka, dan di tanya secara dengan tegas kedua-duanya.

” Wahai anak muridku berdua, kenapa aku sering mendengar dan melihat kamu berdua bertengkar dan berbalahan di antara satu sama lain sedangkan kita mempunyai satu tujuan, apa yang menyebabkan kamu berdua berkelakuan sebegini?”

Lalu jawab si anak murid lelaki, “wahai guru, saya tidak tahan dengan keangkuhan dan kesombongan yang si dia ni tunjukkan seolah-olah dia dan wanita-wanita di dunia ini lebih kuat dari lelaki, saya sedar walaupun bilangan mereka lebih ramai dari lelaki namun hakikatnya lelaki lebih kuat dari wanita, sudah termaktub begitu sejak dari zaman berzaman”

Maka dengan pantas si anak murid wanita menjawab “wahai guru, tengoklah si dia ni masih mahu menegakkan benang yang basah mengatakan lelaki lebih kuat dari wanita, sedangkan sejak dari azali lagi wanita sememangnya kuat dari lelaki, hanya lelaki yang tidak mahu menerima hukum alam sebegitu”.

Barulah si mahaguru tahu punca sebenar perbalahan mereka, maslahah jantina mana yang sebenarnya kuat, sambil tersenyum di dalam hati si mahaguru berfikir kenapalah anak-anak muridnya yang paling pandai ini boleh berfikiran benda-benda macam ni. Lalu tanya beliau kepada si lelaki, “mengapa kamu katakan lelaki lebih kuat?”.

Si anak murid lelaki lalu menjawab dengan yakinnya “lelaki mempunyai kekuatan fizikal semula jadi, mampu mengangkat benda-benda berat, mampu memimpin bala tentera yang ramai dan boleh menghunus pedang pada bila-bila masa”.

“Betul kata kamu, namun lelaki juga memerlukan wanita di sisinya” jawab si mahaguru dengan ringkas. Dan bertanya pula kepada anak murid wanitanya, “..dan mengapa kamu mengatakan wanita sebenarnya lebih kuat dari lelaki?”.

lalu dengan penuh yakin si anak murid wanita menjawab “Wanita sebenarnya lebih kuat dari lelaki, satu malam semasa melalui depan rumah mahaguru saya ada mendengar mahaguru bercakap dengan seseorang, bahawa wanita lebih kuat dari lelaki sebab seorang wanita mampu membawa 2 buah gunung di dadanya kemana-mana sahaja sedangkan kekuatan yang ada pada lelaki hanya mampu membawa seekor burung dan dua biji bola kecil sahaja bersama-samanya. Bukankah itu bukti wanita lebih kuar dari lelaki?“

Si Mahaguru terus terdiam “Aiseh men, camner pulak budak ni boleh dengar aku wat joke ngan bini aku nih…..ni mesti kes lupa tutup tingkap nih…aduusss’….

Moral of the story…..jangan lupe tutup tingkap rumah anda dan jgn cakap nak best jer... he he he

Tuesday, November 10, 2009

Lighter oh Lighter...

Posted by hisham at 7:53 PM 25 comments
Kes 1

Seperti biase,selepas aku mngeluarkan sebatang rokok dari kotak dan meletakknyer dimulut sambil menyelukkn tangan kedalam poket seluar, mncari lighter utk menyalakn rokok yg sedia mnanti dibibirku. Tetapi,pencarian aku tdk brmakne krn semue poket diseluar dan baju sdh aku jelajahi tetapi,lighter masih juga tidak kutemui. Didalam hatiku brkata.."mamat mane plak yg rembat lighter aku nie...???"..isshh!!...mane la peginye...aku dh x tahan ni.."

Aku cube mngingati dan cube mengagak siapahkah yg tergamak merembat lighter aku, tapi semua sia2 berlake krn aku sdh tak mampu brfikir dan tak tahan lagi. Bukan mudah bagi aku keluar utk mncari dan meminjam lighter krn, aku berade didalam tandas dlm keadaan sparuh bogel utk mlepaskan hajat aku yg sekian lame tertangguh ni. Aku trpakse melepaskn jua tanpa rangsangan yg baik dan jitu...

(melepaskan hajat sambil mennghisap rokok adelah satu dari kenikmatan dunia yakni..seperti melepaskan syahwat,nikmatnye hanye perokok2 shj yg tahu)

Kes 2

Aku mengeluarkan sebatang rokok lalu diletakkn dibibir sambil tangan menyeluk kedalam poket seluar. Tiba-tiba jari-jemariku yg halus dan mulus, tersentuh beberape lighter yg berada dalam poket sluar aku. Aku kehairanan krn setahu aku,aku hanye mempunyai sebuah lighter shj tetapi,bagaimanakah bisa aku memiliki beberape lighter. Jumlah lighter yg aku temui didalam poket aku adelah sebanyak empat buah. Bagaimana poket sluar aku blh menggandakan lighter2 tersebut. Adakah poket aku mempunyai Magic?. Hatiku pn berkata "wah..dasyat ni,kalo aku ltk RM10 leh jd RM40..wau kaye aku ni". Adakah lighter tersebut milik org lain yakni kawn2 aku?. Berkemungkinan besar aku terambil atau termiliki semase menghisap rokok bersama-sama mereka tadi. Milik siapa aku tidak mengetahuinye. Walaupun harganye tdk mahal tapi bagi prokok2 ianye amt bernilai dan bermakna.tapi apekan dayaku, mungkin sdh tertulis ianye milikku. Aku juga sering kehilangan lighter dan aku terseksa kerananya.

(Tabiat begini mmg lazim dan selalu terjadi dikalangan perokok2..tetapi ianya adalah hal yg tidak disengajakan atau mmg disengajakn)

Monday, November 9, 2009

Janganlah kau merasa diri kau hebat wahai SiLumut...

Posted by hisham at 1:18 AM 32 comments

Entri ini dibuat untuk khas untuk memasuki Contest blog Lumut yang hangat diperkatakan sekarang oleh para2 blogger yang memang meroyan terhadap si Lumut nie. Aku perhatikan cerita2 org lain hebat2 berlake,cerita si AhFatt dan cerita si Kawie buat mase sekarang nilah. Cerite aku hanyalah sekadar dipinggiran je bak kate org melukut ditepian gantang...hehe..

Sebuah kapal selam karam di tengah laut kerana kehabisan minyak diesel. Hanya dua orang yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.Seorang bernama hisham dan sorang lagi bernama Lumut. Kedua mereka yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua buah pulau. Dan mereka tinggal sendiri-sendirian berseberangan di sisi-sisi pulau tersebut.


Doa pertama, kedua mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, Lumut melihat sebuah pokok yg penuh dengan buah-buahan tumbuh di tempat tinggalnye. Sedangkan di pulau tempat tinggal hisham tetap tidak berubah dan tidak ada ape2 yg terjadi. Seminggu kemudian, Lumut merasa kesepian dan kegersangan dan memutuskan untuk berdoa agar dikurniakan seorang boyfren.Yg sebenarnye si Lumut ni begitu menyukai si hisham ni,tetapi hisham ni menolak hubungan tanpa nikah. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang terselamat adalah seorang jantan yg gagah berenang dan terdampar di sisi tempat Lumut tinggal dan menjadi boyfren si Lumut ni. Sedangkan di pulau tempat tinggal hisham tetap tidak berubah dan tidak ada apa-apa yg terjadi. Lumut ini berdoa lg,berdoa memohon rumah, pakaian,makeup,modes dan makanan. Keesokan harinya,seperti keajaiban saja, semua yang dimintanya termakbul. Sedangkan di pulau hisham tetap tidak berubah apa-apa dan tiada ape yg berlaku.


Akhirnya, Lumut berdoa lg meminta speed boat agar dia dan boyfrennye dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah speed boat yg tertambat di sisi pantainya.Dengan pantas Lumut dan boyfrenye naik ke atas speed boat dan bersiap untuk meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan hisham yang tinggal di pulau lain tu keseorangan. Menurutnya,hisham tidak patut menerima berkah tersebut karena doa-doanya tak pernah dimakbulkan.


Ketika Lumut sedang brsiap hendak berangkat,tiba2..Lumut mendengar suara dari langit bergema, "Haiii Lumut, mengapa engkau meninggalkan hisham bersendirian di pulau ini?jawab Lumut, "Berkahku hanyalah milikku sendiri, karena hanya doakulah yang dikabulkan," ."Doa hisham kawanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak boleh mendapatkan apa-apa." "Kau salah!" suara itu membentak kemarahan."Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan,semua doanya dimakbulkan.Jika tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.""Katakan padaku," tanya si Lumut. "Doa macamana yg hisham panjatkan sehingga aku harus merasa terhutang budi atas semua ini padanya? suara itu menjawab.."Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"...tamat..


Kesombongan apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain ? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi keberhasilan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu hanya dari "yang terlihat" sahaja.Semoga kau insaf wahai si Lumut .

"blog esoksemalam best kerana aku dapat mngenali sahabat2 yg lain walaupun dialam maya..dan blog esok semalam tak best kerana "aku benci kat ko lumut ooooooiiiii...."jenuh aku copy n paste ko punye link,lenguh jari aku"...

Sunday, November 8, 2009

Kenapa Org Melayu Mkn Dgn Tangan...

Posted by hisham at 12:49 AM 23 comments
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan,
Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan
membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin
itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh
orang lain. Katanya:..
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab"

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya, hanya saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang
lain sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu
masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....


Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan
orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada
rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu,dan lg mkn mggunakan tangan adelah sunnah nabi saw..

Friday, November 6, 2009

Kawan Yg Baik...

Posted by hisham at 2:25 PM 19 comments

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

"dan aku bukanlah kwn yg baik..tp mencuba menjadi kwn yg baik"

Wednesday, November 4, 2009

Gitar Fender vs Gibson...

Posted by hisham at 9:44 PM 16 comments
fender dan gibson...2 jenama gitar yg sering digunakan oleh ramai gitaris yg trkemuka dan tidak trkemuka..
baik di malaysia mahupun diluar msia.Ini ada serba sedikit dan ringkasnya tentang Fender ni..Gitar fender dicipta oleh Clarence Leonidas Fender atau Leo Fender pd thn 1950an di California..Ada juga alatan lain yg diciptanya.tp yg paling menyerlah adalah gitarnya..ade fender stratocaster,telecaster,jaguar,jazzmaster..dan lain2.Gitar fender ni ade 21 fret..pendek la skit dari gibson..



Ini ada beberapa Gitaris yg aku MINAT yg mggunakan fender ialah.Ritchie Blackmore(deep purple,rainbow).eric clapton,david gilmour(Pink Floyd),Mark Knoffler(Dire Straits),jeff Beck,jimi Hendrick,Stevie Ray Vaughan dan Yngwie Malmsteen..Setahu aku yg paling famous ialah fender Stratocaster, ramai guna fender ni trmasuk Yngwie,tapi mamat ni neck dia dh ubah,,scalellope,mcm melengkung skit kt fretboard tu.Kurt cobain plak guna fender jaguar dan mustang,Kurt cobain ni bkn bagus sgt main gitar tp dia byk idea.Aku minat btl fender kepala kapak ..x pun fender reverse headstock..kepala ke atas,nampak ganas sikit.Gary Moore wlaupun dia slalu guna Gibson tp dia ade satu gitar sampingan yg aku suka..iaitu fender telecaster.Biasanya gitar fender ni ade 2 jenis di bahagian necknya..satu maple neck dan satu lg rosewood neck..pendapat aku rosewood neck ni sound die keras dan tebal skit berbanding maple neck.Gitar Fender ni diperbuat dari dua jenis kayu pokok,body mahogany,neck maple ataupun ditambah dgn rosewood...





Okay ini serba sedikit ttg gitar Gibson,Gitar gibson dicipta oleh Les Paul @ Lester William Polsfuss pd thn awl 1950an di Nashville.Gibson mengeluarkan berbagai jenis gitar Gibson diantaranya ialah,Gibson Les Paul,Explorer,SG,Flying V dan ES series.ES series ni slalunya gitaris blues slalu pakai.Gibson ni mmpunyai 24 fret bar berbanding Fender 21 fret bar je.Gitar Gibson ni diperbuat dr sebatang pokok dari body sampai ke neck tak mcm fender,body kayu lain ,neck kayu lain,yg bestnya gitar Gibson ni ada yg double neck,neck atas 12 tali,neck bwh 6 tali...hehe...msti syokkan..

Antara gitaris yg aku minat yg mggunakan gitar Gibson adalah,Slash dgn Lespaul,Mathias Jabb(scorpion) Explorer,james hetfield(metallica) Explorer n Les Paul,Kirk Hammet,Jimmy Page(Led Zep),Gary Moore,Randy Rhoads,Toni Iomy,BB king,Chuck Berry,dan ade lg..tp,aku lupe la..hehe
Gitar Gibson ni berat berbanding Fender..body nya tebal..sound pun tebal..

Aku pernah mmpunyai gitar Gibson Les Paul Goldtop re-issued yg aku beli kt Woh Fatt di Jln silang KL..tp aku bli 2nd hand la pd thn 1998.hargenya RM7,545..tapi pick-upnya aku tukar jenis Seymour Duncan.Slash byk pakai gibson goldtop utk goreng lagu Estranged,sweet child o'mine n Godfather theme dll,tp gitar tu kna kebas.yg kebasnya gitaris kumpulan ACAB,megat namenya..report polis sume dh buat,gitar,Marshall amp,gadjet sumenya lesap...yg tggal hanya gambar je...yg aku ade skang hanyalah acoustic gitar je...

Dulu aku ade main di Pub kt Damansara,tapi aku main dgn band lain..band sifu aku,part time je...selain tu aku ade band sendiri name band tu SEVEN..tp aku sibuk dgn hal lain.aku tggalkan band tu,lagipun vokalis aku tu ijan(neves)x ska rock kapak...aku plak minat giler..aku ngan dia berlainan mahzab muzik..so..aku tarik diri..dulu SEVEN skang jadi PRETTY UGLY...akhir kata,a guitar is a human soul,speaking with just six strings....
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez