Friday, November 6, 2009

Kawan Yg Baik...

Posted by hisham at 2:25 PM

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

"dan aku bukanlah kwn yg baik..tp mencuba menjadi kwn yg baik"

19 comments on "Kawan Yg Baik..."

Solehah on November 6, 2009 at 2:53 PM said...

sebab sya tak baik kot sebab tu takda kawan baik..haha..what u give u get back..

melatidaisy on November 6, 2009 at 3:05 PM said...

insyaAllah, kita smua baik =)

Cik Amy Sensei on November 6, 2009 at 4:44 PM said...

salam..

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ on November 6, 2009 at 6:10 PM said...

terima kasih sudi jadi kawan di blogspot

hehehhe

aNiSa hANg tUaH on November 6, 2009 at 6:11 PM said...

sume kawan yg baik akan mencube lagi untuk jadi yg terbaik

yg tak baik tuu

lempang je

huhuh

fndrocka on November 6, 2009 at 6:16 PM said...

kawan yang baik adalah kawan yang tumpangkan aku keretannya masa hujan pagi tadi

huhu

jai@jezz on November 6, 2009 at 6:32 PM said...

alahai... jezz selalu cemburu dgn kejayaan kawan2.. tapi cemburu tuk kita semangat lebih bagus dr dorang x per kan.. :)

f.a.r.a.e on November 6, 2009 at 6:44 PM said...

saya ada kawan baik!

kawie2020 on November 6, 2009 at 7:42 PM said...

aku selalu ngajak kawan aku buat jahat..hehehehehe... adakah aku kawan jahat yg baik?

aniszshahira on November 6, 2009 at 8:21 PM said...

saye jgak ade kawan bek!!

imHepPie on November 6, 2009 at 9:04 PM said...

meh kita jadi kwn bek jom...

jatuh talak 1??alaa bley rujuk balek kan haha

nursarah87 on November 6, 2009 at 9:46 PM said...

hehe, kawan baik bukan aku...aku kawan jahat..

Fatt Chin Choy on November 6, 2009 at 10:48 PM said...

kawan baik aku semua dah jauhhhhhh

Nazyurin on November 6, 2009 at 11:37 PM said...

hmm,terasa sgt2 baca blog ni..kerana aku sedar aku juga bkn kwn terbaik kpd kwn2 aku..tp aku juga berusaha utk menjadi yg terbaik.

girlgurlz on November 7, 2009 at 2:24 AM said...

hi...sya mmg kwn yg baik...x caye tnye kwn2 sya...

░♥si lampu neon♥░ on November 7, 2009 at 2:05 PM said...

sedih kan?
aku takde kawan baik pon.

HonEyBuNNy on November 7, 2009 at 2:43 PM said...

kwn yg baik adalah kwn yg sgop sush n sng....uhuhu

Cik Amy Sensei on November 7, 2009 at 7:43 PM said...

salam..

terima kasih sudi singgah di blog saya..
awak memang sahabat yang baik bagi saya..
moga awk bahagia selalu..

NADIRA SALIM on November 7, 2009 at 8:46 PM said...

hai hai hai..
ermmm kwn yg baik slalu ada saat kita menangis..

nway thnx singgah blog kita..
(:

Post a Comment

Thankz for visiting my blog,you are welcome to comment and change of view but its proper to comment related to the posted..may god bless you otherwise may got belasah you..."sy akn jwb komen yg berbentuk soalan shj"...tq

 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez