Sunday, November 22, 2009

Perempuan2 yang nk barkahwin..sanggup ke???.

Posted by hisham at 1:43 PM
1) Tak sanggup bangun malam
Saat baru berkahwin, siapa xnak bangun malam kan? Apa yang saya maksudkan di sini adalah sekiranya sesetiap pasangan yang berkahwin mesti mahukan anak kan. Ingin meneruskan zuriat mereka. Tetapi bersediakah seseorang perempuan itu untuk bangun malam menjaga anak kecil? Apabila sudah ada anak, bangun malam sudah menjadi kewajiban untuk golongan perempuan yang bergelar ibu. Faham2 aje la ragam anak kecil. Sekiranya kaum perempuan belum bersedia untuk bangun malam, jangan gatal nak kahwin.

2) Tak pandai dukung anak
Tanya saya cara nak dukung pun saya bole ajar. Apatah lagi lelaki liar di luar sana yang selalu dukung awek awek liar. Hehe! Bagi saya dukung anak, bayi dan sewaktu dengannya adalah benda basic dalam menjaga kanak kanak atau dalam bahasa mudahnya anak anak kecil. Jangan sesekali gatal nak kahwin kalau benda ni pun perempuan belum master.

3) Rasa kotor nak basuh berak anak
Hahaha! Alasan ini saya rasa paling kukuh bagi saya untuk katakan pada perempuan jangan gatal kalau nak kahwin kalau belum bersedia. Berak? Tahik? Kotor tak puan puan. Ibu ibu tahu lah jawapannya. Kepada perempuan yang nak kahwin tu banyak banyaklah belajar dari ibu ibu sebelum nak ajak pasangan kahwin. Ada jugak saya dengar cerita yang si suami buat semua keje camni. Si isteri pula? Takkan tengok saja. Memang x dinafikan suami pun kena buat keje cmni tapi ingat ini adalah tugas si isteri. Sekali lagi, perempuan jangan gatal nak kahwin kalau belum bersedia melakukan keje keje macam ini.

4) Tak tahu nak buat apa kalau anak menangis
Saya nasihat jangan kahwin kalau x tahu nak buat apa kalau bayi menangis. Lu orang perempuan jangan gelak bila saya cakap cmni sebab banyak ibu yang x tahu nak buat bila bayi mereka menangis terutama waktu malam. Golongan ibu muda yang umurnya belasan tahun terutamanya. Umur awal 20-an pun saya rasa kena banyak blaja sebelum nak ajak pasangan kahwin,jangan bagi ubat batuk plak kt anak agar senang tidur.Tapi jangan la kahwin lewat plk, nanti susah, tua2 baru nak dapat anak,nanti kang org tanya..ni cucu ke?...hehe

Rasanya cukup la setakat ni dulu. Kalau nak senaraikan semua memang xkan abis. Hehe! Kepada ibu ibu yang baca artikel ni sila silalah kongsi pengalaman anda supaya anak anak muda sedar terutama yang tengah gatal nak berkahwin tu . Jadi kepada perempuan yang nak kahwin tu saya nasihat agar benda2 asas yang saya senaraikan kat atas tu tidak dipandang remeh walaupun kedengarannya mudah.
blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez