Tuesday, November 24, 2009

Tidak kesampaian...

Posted by hisham at 1:43 AM
Hisham:
Aku rasakan, kita berada disebelah dunia yg lain,kesunyian dan keseorangan

Eikin:
Aku pun berfikir begitu juga, semua teman2 aku mempunyai boyfren, dan hanya tinggal kita berdua di dunia ini tanpa sebarang teman istimewa dalam kehidupan kita.

Hisham:
Yup, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi.

Eikin:
Aku tahu! kita akan bermain satu permainan...

Hisham:
Permainan apa yang kau maksudkan?..

Eikin:
Permainannya begini, aku akan menjadi girlfren kau selama 30 hari
dan kau akan menjadi boyfren aku selama 30 hari juga.Apakata kau??..

Hisham:
Wow!..hebat permainan ni,aku setuju..lagipun aku memang free dan pada minggu berikutnya pun aku free...

Hari Pertama:
Mereka pergi menonton movie pertama mereka bersama
dan mereka keduanya tersentuh kerana mereka menonton filem kisah cinta yang sungguh romamtik..

Hari ke-4:
Mereka pergi ke pantai dan berkelah sambil mandi manda, berkejaran sesama mereka ditepian pantai dan menyaksikan matahari terbenam bersama. Hisham dan Eikin merasai detik2 yang sungguh indah yang tidak pernah dialami oleh mereka sebelum ini...

Hari ke-12:
Hisham mempelawa Eikin ke Genting Highland dan mereka pergi ke Taman Tema.Disana mereka masuk ke rumah hantu.Di rumah hantu yang gelap, Eikin ketakutan dan untuk menenangkan ketakutannya dia terus memegang tangan Hisham tapi sebenarnya dia memegang tangan orang lain secara tak sengaja dan mereka berdua tertawa bila mengenangkannya.

Hari ke-15:
Mereka terjumpa dengan seorang peramal nasib di jalanan, dan mereka meminta pandangan tentang masa depan mereka.Peramal nasib itu berkata:
"Sayangku, tolong jangan mensia-siakan masa hidup anda,penuhilah saat2 indah bersama-sama, dengan gembiranya." Kemudian air mata pun mengalir keluar dari mata peramal nasib itu..

Hari ke-20:
Eikin mengajak Hisham pergi ke bukit Ampang untuk menghayati keindahan Kuala Lumpur dan melihat kecantikkan bangunan KLCC pada waktu malam dan mereka ternampak meteor dilangit serta bintang2 yang bertaburan diangkasa sambil Eikin melafaskan sesuatu secara senyap..

Hari ke-28:
Mereka menaiki bas bersama,oleh kerana jalan yang mereka tempuhi tu beralun-alun dan bas pun bergoyang-goyang..Eikin secara tidak sengaja memberikan ciuman kepada Hisham..

Hari ke-29:
11:37:
Eikin dan Hisham pergi ke taman, tempat pertama mereka bertemu dimana mereka memutuskan untuk bermain permainan ini.

Hisham:
Aku penat dan dahagalah Eikin .. kau nak apa2 minuman tak? Aku nak pergi beli air dekat kedai diseberang jalan tu..kau nak tak?

Eikin:

Aku nak air vanilla coke, itu sahaja. Terima kasih Sham..

Hisham:
Kau tunggu sekejap tau..

20 minit kemudian
Seorang anggota polis mendekati Eikin..

Anggota polis:
Adakah awakt teman kepada Hisham?

Ekin:
Ya, kenapa encik? Apa yang terjadi?

Anggota polis:
Seorang pemandu mabuk telah melanggar Hisham ketika beliau sedang melintas diseberang jalan sana.Beliau sekarang telahpun dikejarkan ke hospital dan berada didalam keadaan yang amat kritikal..

Ekin:
Ya Allah!!!..apa dah jadi..subahanallah!!!..Hisham!!!

11:57:
Doktor berjalan keluar dari bilik kecemasan dengan ditemani seorang anggota polis lalu mereka berjumpa dengan Eikin dan menyerahkan air vanilla coke yang masih didlam keadaan yg baik beserta sepucuk surat.

Doktor:
Saya terjumpa surat ini didalam kocek Hisham..

Eikin membuka lipatan surat itu dan membacanya..
Eikin, beberapa minggu terakhir ini, aku menyedari bahawa kau seorang gadis yg menawan dan baik, aku benar2 tertawan dgn senyuman manis kau, aku sayangkan kau semuanya dan kau begitu sempurna ketika kita bermain permainan ini. Sebelum permainan ini berakhir, aku ingin menjadikan kau teman wanita untuk sepanjang hayat aku dan aku nak menghabiskan sisa2 hidupku bersama kau...
Aku mencintaimu, Eikin...

Eikin meramas kertas itu dan berteriak:

"Hisham!!! Aku tidak ingin kau mati --
Aku mencintaimu; ingat tak malam itu ketika kita melihat meteor dan aku ada melafaskan sesuatu. Aku melafaskan, bahawa aku berharap kita akan bersama-sama selamanya dan aku berharap sangat bahawa kita tidak akan pernah menamatkan permainan ini. Tolong jangan tinggalkan aku Hisham .. Aku cinta kau! kau tidak boleh tidak boleh pergi begitu sahaja.. "

Kemudian, tepat pukul 12.00 AM ...

Degupan jantung Hisham berhenti mengepam ...

Itu adalah hari yang ke-30...
blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez