Saturday, October 31, 2009

Cinta Tidak Memerlukan Sebab...

Posted by hisham at 11:05 AM
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuahbangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

19 comments on "Cinta Tidak Memerlukan Sebab..."

girlgurlz on October 31, 2009 at 11:44 AM said...

wow!!..syahdunyer...nie mane petik nie??????

girlgurlz on October 31, 2009 at 11:45 AM said...

by the way...blh i amik en3 ni tak???

sharamli on October 31, 2009 at 12:23 PM said...

cinta memerlukan peng0rbanan

kawie2020 on October 31, 2009 at 12:49 PM said...

pehhhhh... ayat power n syahdu bro... nanti aku pon bleh guna ayat ni bila awek aku tanya sebab aku cinta kt dia... (ada awek ker?) hehehehehe

cik EPAL on November 1, 2009 at 2:42 PM said...

cinta itu subjektif...

btw, i link u k..nice blog ;)

nursarah87 on November 1, 2009 at 10:04 PM said...

cinta tak bersyarat..

aloy_paradoks on November 2, 2009 at 1:00 AM said...

arh... lu ngarut je.. poyo tul... cinta kita tak cakap, tapi kita buat.... awek lu sihat? lama tak jumpa dia...

melatidaisy on November 2, 2009 at 1:32 AM said...

yup, stuju ngan nursarah87..
cinta tak bersyarat.. =)

NURUL on November 2, 2009 at 1:24 PM said...

shahdunya. cinta di rasa di dlm hati dan menusuk ke jiwa :)

funKafuLo on November 2, 2009 at 3:36 PM said...

aku tibe2 jatuh cinta...
ohhh comei ku...
mss u..

green on November 2, 2009 at 8:16 PM said...

nice blog too~~

naz ilyn on November 2, 2009 at 9:02 PM said...

salam... sesungguhnya untuk mencintai tidak memerlukan sebab perlu duit jer..hihihi

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ on November 3, 2009 at 7:22 AM said...

++ cinta...?? hmmm....perlu kan kejujuran dan keikhlasan yg mendalam...++

azzaliena suziantie on November 3, 2009 at 3:44 PM said...

cinta??hummm
kerana cinta ku terpaksa buang semuanya
haih...

tapi i will olwas c ur blog...
nice entry ;)

Hisham on November 3, 2009 at 6:32 PM said...

azza...nape private kn blog u tu..mAne aci cmnie...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ on November 4, 2009 at 7:40 AM said...

++ best gak kekadang lepak kat blog ni...bnyk kisah chenta....hehehe ++

Hisham on November 4, 2009 at 10:14 AM said...
This comment has been removed by the author.
azzaliena suziantie on November 4, 2009 at 5:43 PM said...

hehehe..
ape yg xaci??/
aci kat india mali...
wakakaka,,,

shima on November 6, 2009 at 12:14 AM said...

troknye laki cmni..hmm..

Post a Comment

Thankz for visiting my blog,you are welcome to comment and change of view but its proper to comment related to the posted..may god bless you otherwise may got belasah you..."sy akn jwb komen yg berbentuk soalan shj"...tq

 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez