Monday, October 19, 2009

Surat Rasmi Nak Kahwin Lagi

Posted by hisham at 11:02 PM
Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300,
Kemaman Terengganu.

27 05 2009

Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika
dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini
buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Haris yang merupakan
setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di
pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam
organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan
datang.

3.Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit
pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang
selama ini.

4.Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang.
Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai
besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah
bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama
insan lain kebahagiaan kita ini.

5.Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan
di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh
pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas
kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau
aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil
kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6.Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama
insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh
keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya
lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga
kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan
menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu
menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan
penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya. >

8.Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

4 comments on "Surat Rasmi Nak Kahwin Lagi"

imHepPie on October 19, 2009 at 11:46 PM said...

okeh stuju!!

kawie2020 on October 20, 2009 at 12:40 AM said...

selaku bapa mertua, permohonan ini diluluskan dengan sebulat suara...

tanniah...

naz ilyn on October 20, 2009 at 10:46 AM said...

salam... moga en. suami bin lelaki berjaya dengan programnya dengan jayanya...

AinDeLuvlyangel on November 6, 2009 at 11:56 AM said...

eeiii...
permohonan d reject......
isteri binti perempuan should bakar je borang permohonan depan hakim (bapa mertua) & pemohon sendiri

Post a Comment

Thankz for visiting my blog,you are welcome to comment and change of view but its proper to comment related to the posted..may god bless you otherwise may got belasah you..."sy akn jwb komen yg berbentuk soalan shj"...tq

 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez