Wednesday, October 21, 2009

Bagi Balik Tangan Ita...

Posted by hisham at 10:09 PM
Sepasang suami isteri - seperti
pasangan lain di kota-kota
besar mninggalkan anak-anak diasuh
pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan
berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap
dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain di luar, tetapi pintu
pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai
di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya,
bunga
kertas
dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku
karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana
diperbuat daripada marmar,lakaran
tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta
baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap,
lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan
kreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana
laluannya sesak sempena perayaan
Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke
sebelah kiri kereta.
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya,
gambarnya sendiri, lukisan ayam,
kucing dan sebagainya mengikut
imaginasinya. Kejadian itu langsung
tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah
pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun dibeli dengan
bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, "Siapa punya kerja
ni??!!!"

Pembantu rumah yang tersentak dengan
jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya
merah padam ketakutan tambah-tambah
melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras
kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak
tahu, apa kau buat?" herdik siisteri
lagi. bila anak yang mendengar suara
ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari
bilik. Dengan penuh manja dia
berkata "Ita buat ayahhh.. cantik
kan!" katanya menerkam ayahnya ingin
bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap
ranting kecil
pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu
tapak tangan anaknya. Si anak yang tak
mengerti apa-apa terlolong-lolong
kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah
memukul pula belakang tangan anaknya.
Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin
setuju dan berasa puas dengan hukuman
yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak
buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan
kemudian tangan kiri anaknya. Selepas
si bapa masu ke rumah dituruti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil
itu, membawanya ke bilik. dilihatnya
tapak tangan dan belakang tangan si
anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil
itu. Sambil menyiram air sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-
jerit menahan kepedihan sebaik calar-
balar itu terkena air. Si
pembantu
rumah
kemudian menidurkan anak kecil
itu. Si bapa sengaja membiarkan anak
itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah
tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!"
balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan
anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu.
Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung
tidak menjenguk anaknya sementara si
ibu juga begitu tetapi setiap hari
bertanya kepada pembantu rumah. "Ita
demam... " jawap pembantunya
ringkas. "Bagi minum panadol tu,"
balas si ibu. Sebelum si ibu masuk
bilik
tidur dia menjenguk bilik
pembantunya. Apabila dilihat anaknya
ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah
memberitahu tuannya bahawa suhu badan
Ita terlalu panas. "Petang nanti kita
bawa ke klinik.
Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai
dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya
ia dirujuk ke hospital kerana
keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik
doktor memanggil bapa dan ibu kanak-
kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya
yang mencadangkan agar kedua-dua
tangan kanak-kanak itu dipotong kerana
gangren yang terjadi sedah terlalu
teruk. "Ia sudah bernanah, demi
nyawanya tangan perlu dipotong dari
siku ke bawah" kata doktor. Si bapa
dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata
itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi
apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung
merangkul si anak. Dengan berat hati
dan lelehan air mata isterinya, si
bapa terketar-ketar madandatangani
surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas
ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-
pinga melihatkedua-dua tangannya
berbalut putih. Direnung muka ayah dan
ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis. Dalam seksaan menahan sakit,
si anak yang keletah bersuara dalam
linangan air mata.
"
Abah.. Mama... Ita tak buat lagi.
Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si
ibu gagal menahan rasa. "Ita juga
sayang Kak Narti.." katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus
membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita.
Buat apa ambil.. Ita janji
tak buat lagi! Ita nak makan macam
mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya
bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung
si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia
sekuat hati namun takdir yang sudah
terjadi, tiada manusia dapat
menahannya.

renungkanlah kisah di atas buat pengajaran semua ibu dan bapa n rakan2...........

4 comments on "Bagi Balik Tangan Ita..."

Solehah on October 22, 2009 at 9:35 AM said...

insyaallah..semoga mesej baik tu sampai pada semua..

kamileha on October 29, 2009 at 10:44 PM said...

citer ni buat saya nangis masa diceritakan di kursus guru...jadi pengajaran jgn pukul anak ikut hati...sayangi anak sendiri dan anak orang lain

funKafuLo on November 2, 2009 at 3:44 PM said...

uish...
first en3 wat aku feel...
nangis jap .... ((uwaaaaahhhhh))
syokk..
nak lagi cite cam nie...

fndrocka on November 7, 2009 at 7:47 AM said...

aku dah tukar link.tq

Post a Comment

Thankz for visiting my blog,you are welcome to comment and change of view but its proper to comment related to the posted..may god bless you otherwise may got belasah you..."sy akn jwb komen yg berbentuk soalan shj"...tq

 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez