Saturday, November 28, 2009

Memoir Shamsiah Fakeh...

Posted by hisham at 5:38 PM
Aku terpanggil untuk mengambil coretan ini setelah membaca satu entri dari Mr.Hans..yang bartajuk "Sudah-sudahlah tu ChinPeng"..Coretan ini hayalah sekadar hiburan semata-mata..hehehe...



Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. 


Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Beberapa kali beliau sesat di hutan ketika melanjutkan perjuangan bersenjata ke arah menuntut Kemerdekaan. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa.


Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas Komunis.

"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita."

"Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuang mengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup. Bukan kita yang menutupnya tetapi penjajah British"

Untuk mengenang kembali serba sedikit ttg beliau..aku post kn memoir Shamsiah Fakeh ini semula ..krn beliau telah pn kembali ke rahmahtullah...Al-Fatihah beberapa thn yang lalu..



~Umno hanyalah PUPPET British~..tp  bila difikirkan balik,ape salahnye menjadi boneka @ puppet utk mencapai kemerdekaan walaupun harganye mahal..yakni darah2 yang diingati dan dilupai..jadi janganlah menuding jari siapa yg slh dan siapa yg benar~...bygones be bygones..


Sila tiggalkan link(URL)blog anda di disqus comment agar senang saya atau kawan2 yang lain menjejaki anda..thanhkz 4 yr co-operation...tq

 

blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez