Thursday, October 22, 2009

Sakit Hati?...

Posted by hisham at 8:02 PM
Apa perasaan anda bila hati disakiti? Tentu sakit. Tapi pernahkah anda terfikir perasaan orang yang anda sakiti? Sudah tentu sakit juga. Malah lebih daripada itu. Apa tidaknya, jika orang sakitkan hati anda sekali, balasan untuk sakit hati itu anda pulangkan dua kali ganda sakitnya.

Cerita pasal sakit hati memang menyakitkan. Lebih sakit daripada penyakit barah hati. Sebab bila sakit itu sudah semakin banyak, menebal dan membengkak, hati akan jadi hitam, hodoh dan teramat sakit. Sakit hati lahir daripada sikap manusia yang hatinya sakit. Bila hatinya sakit, dia akan menyakiti hati orang lain pula. Susah juga mahu merawat orang yang hatinya sakit. Memang payah.

Ada manusia pandai pura-pura. Bila berada depan kita cukup baik. Pandai pula berlaut madu berpantai gula. Tetapi sikap sebenar terbongkar bila berada di belakang kita. Macam-macam yang dia kata. Sebab itu ramai manusia jadi sakit hati dengan dia. Bila penyakit hati sudah merebak, akan timbul umpat dan keji. Tak kurang juga fitnah melata. Yang tak wujud diadakan. Yang sedikit ditokok tambah.
Memang pelik. Apa tujuan manusia hidup? Ada pula suka menunjuk-nujuk. Suka menindas yang miskin. Yang kaya diagung-agungkan. Lalu wujud pula istilah diskriminasi. Bila manusia ada perasaan iri hati, hatinya akan sakit. Mulalah tunjuk lagak dan kuasa. Dunia bagai dia yang punya. Tak ingat TUHAN sentiasa ada. Memerhati setiap masa.

Apalah guna jadi manusia kalau hidup sentiasa menyakitkan hati orang. Bukan hati seorang manusia sahaja yang akan sakit, hati anak cucunya juga akan sakit. Hidup ini kan bersaudara. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: TIDAK BERIMAN SESEORANG DARIPADA KAMU SEHINGGA DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTI MANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI.
Bagaimana mahu mengasihi saudara jika hati sentiasa sakit? Ruang kosong itu dipenuhi dengan rasa sakit. Tiada tempat untuk meletakkan rasa sayang dan kasih. Justeru jika hati rasa sakit. Cepat-cepatlah merawatnya.

**aku tgh sakit hati nie...bengang!!!

10 comments on "Sakit Hati?..."

on October 22, 2009 at 8:28 PM said...

sabar bro....
tak mo bengang2
kang dah tak hensem dah

kekekeke

=D

sharamli on October 22, 2009 at 9:27 PM said...

memang susah kal0 sakit ati...
geram sgt2 smpai xleh kawal marah....
geram..geram..geram...

IkanMasin90(IM90) on October 22, 2009 at 11:28 PM said...

asal bro??
take k k :)

me pon disakiti nihh ;(

DaliaLiyana on October 22, 2009 at 11:59 PM said...

sabar...sabar tu separuh dr iman..
jgn sakit ati k...kalau sakit ati..marah..g berwuduk....
insyaAllh...akan ok...

kawie2020 on October 23, 2009 at 12:39 AM said...

sakit hati? doktor pun x de obat... tapi ati tu kene rawat gak... camner? minum ayer masak.. isap rokok japs.. kuar lepak ngan member2..

kalau masih sakit ati gak.. paling bagus, paling baik mengaji dan semayang ler...

sakit hati bleh mati woooo...

Aloy Paradoks on October 23, 2009 at 1:59 AM said...

dah solat ke bro?

Solehah on October 23, 2009 at 9:41 AM said...

ya betul..saya pun tak suka kalau ada orang tikam belakang..sapa yg suka kan kene benda mcm tu..tp yg hairannya, ramai saja yang mcm tu..

naz ilyn on October 23, 2009 at 11:39 PM said...

salam... buat tak tahu jer jangan dilayan orang yang macam tu nanti kita pun ikut sakit macam dia jugak.

hisham on October 23, 2009 at 11:57 PM said...

thanks sume coz sudi mencemar duli mengomen blog hamba...nti hamba terjah blog2 anda sume ok...

Solehah on November 6, 2009 at 2:57 AM said...

betul tu..cinta di dunia tak kekal abadi..

nak minta maaf sebab saya terdelete link blog ni kat blog saya.pagi ni baru perasan.jadi bnyk entry dah yang saya terlepas..

Post a Comment

Thankz for visiting my blog,you are welcome to comment and change of view but its proper to comment related to the posted..may god bless you otherwise may got belasah you..."sy akn jwb komen yg berbentuk soalan shj"...tq

 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez