Monday, February 22, 2010

Maharaja Blogger Yang Sempit..

Posted by hisham at 10:00 AM
Assalamualaikum w.b.t.. aku tertarik hendak membuat sedikit coretan tentang Maharaja Blogger yang mengatakan Wardina Safiyyah anasir PAS di TV3 di blognya. Aku rasa tidak adil hendak mengatakan sedemikin tambah lagi banyak surat khabar telah mensensasikan cerita ini.

Wardinah berjumpa dengn Tuan Guru Nik Abd Aziz adalah atas permintaan kerajaan negeri Kelantan, di mana beliau telah diundang sebagai salah seorang panel dalam program Hari Hiburan Islam yang berlangsung di Kota Bharu Mall (KB Mall) pada 14 Februari lalu dan tiada langsung kaitan dengan politik. Maharaja Blogger memang mengakuinya tapi Maharaja blogger mengatakan bahawa Wardinah adalah musuh dlm selimut, bererti Wardinah dan PAS mempunyai agenda yg tersendiri dan secara tidak langsung ada agenda politik.

Wardinah turut menyeru semua kerajaan negeri membuat program seperti mana yg di buat oleh kerajaan negeri Kelantan ini. Aku mmg akui kerajaan negeri2 lain pun ada membuat program2 spt ini. tapi maharaja blogger mengaitkan dengan TV3 pula, beliau mengatakan bahawa TV3 tidak mampu hendak membuat program2 berbentuk islam sepenuhnya kerana didalam masyarakat yg berbilang kaum amatlah tidak sesuai utk dilaksanakan, persoalannya?? adakah Wardinah menyeru TV3 membuat program2 yg sebegini, beliau hanya menyeru kerajan2 negeri shj..jadi, pasal apa yang maharaja blogger ini melatah sangat.

Dato Siti Nurhaliza dan Dato K pun ada berjumpa dgn Tuan Guru Nik Abd Aziz dan ramai lagi Artis berjumpa dgn beliau, adakah ini bermakna artis2 ini adalah ahli PAS?.Maharaja Blogger, fikiran anda amatlah cetek dan dangkal. Kalau benarpun Maharaja penyokong BN tak payah lah nak bising2 dan membuat ulasan-ulasan yang bodoh lagi sempit. Adakah sudah menjadi selebriti tidak boleh berjumpa pembangkang?..dimananya demokrasi...

Saranan PM kita denagn Slogan Satu Malaysia tidak akan kesampaian jikalau terdapat banyaknya manusia2 spt Maharaja Blogger dan demokrasi di Malaysia akan hancur. Parasit2 spt inilah yang memburukkan nama Malaysia dimata dunia...sekian.

~maakan aku wahai Maharaja Blogger...huhu

blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez