Wednesday, January 6, 2010

Wanita Yang Kecewa...

Posted by hisham at 9:00 AM
LONDON: Kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah kegiatan sel otak mereka, menurut satu laporan baru yang disiarkan akhbar The Telegraph.
Laporan oleh saintis Amerika mendapati kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri dan tidak dapat dikesan oleh pengimbas otak.

Kajian mendakwa wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan cinta menunjukkan penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak dalam bahagian otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.

Dr Ajif Narib, yang mengetuai pasukan penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan, berkata: “Gejala kemurungan seperti mood yang tidak baik, hilang motivasi dan selera makan ialah perkara biasa yang dialami
berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.

“Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah menjelaskan aktiviti otak berkaitan dengan kekecewaan akibat perpisahan mengikuti paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti kematian.”

Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun yang menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan tetapi sudah berakhir 16 minggu lalu.

Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu kecewa dengan perpisahan mereka.

Penyelidik menggunakan teknik ujian MRI untuk mengawasi aktiviti sel otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit mengenai bekas teman lelaki dan suami.

Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai orang lain.

Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai hubungan cinta mereka yang sudah putus.

Pakar psikiatri di universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca kemurungan.

Penyelidikan juga mendapati wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding
lelaki...

~bersujud pada Allah...aminnn
blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez