Saturday, January 2, 2010

Hangus Begitu Sahaja...

Posted by hisham at 9:00 AM

Tepat jam 12.00 malam tadi bermulalah tahun 2010 dan berakhirnya tahun 2009. Setiap perancangan untuk menjayakan sambutan perayaan tahun baru disusun dengan penuh teratur dan sempurna.

Pihak kerajan mahupun sektor swasta ataupun NGO telah berkejasama untuk menjayakan perayaan menyambut tahun baru yakni tahun masehi disegenap pelusuk negeri, dan sepeti biasa, rakyat jelata akan menunggu dengan penuh sabar sehingga detik jam 12.00 malam untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api dan mercun yang gah dan hebat diangkasa hinggakan semua orang terpaku menatap langit menyaksikannya.

Pertunjukkan bunga api dan mercun itu kebiasaanya disambut secara besar-besaran di perkarangan menara berkembar KLCC dan juga ditampat-tempat yang lain.
.
Semua rakyat sama ada tua, muda atau kanak2 menyambutnya dengan penuh keriangan menyaksikan pertujukan itu. Anggaran setiap pembakaran bunga api dan mercun itu hampir menelan berlanja ratusan ribu ringgit bagi setaip jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Besar jumlahnya bukan ? berbaloikah ini semua ?..Adakah perlu ini semua ?

Sahabat sahabat ku sekalian..renung2kanlah apa yang aku cuba katakan disini dan coretan ini hanyalah pandangan cetek dan dangkal aku semata-mata....sekian.


blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez