Thursday, January 7, 2010

Halatuju Bangkaibloggers Network

Posted by hisham at 9:02 AM
Buat pertama kali kelima-lima ahli bangkai iaitu Hisham, Kawie, Boneka, Abe Long dan Ah Fatt membuat mesyuarat melalui ‘conference YM’. Persetujuan telah dicapai untuk halatuju blog ini pada masa hadapan:-
  • Blog ini akan mempromosikan entri-entri blogger yang menarik di baca pada pandangan salah seorang daripada kami. Maksudnya, jika salah seorang daripada kami membaca satu entri dan kami minat untuk kongsikan entri berkenaan maka kami akan kongsikan di sini. Caranya kami akan masukkan 'half-entry' ke sini dan akan link ke blog berkenaan untuk sesiapa yang berminat membacanya sehingga habis. Dengan cara itu, kami dapat mempromosikan blog-blog yang kurang traffic tetapi menghasilkan entri yang best.
  • Keutamaan kami adalah kepada follower blog ini terutamanya mereka-mereka yang meletakkan logo Bangkai Bloggers Network di blog mereka. Sesiapa yang telah meletakkan logo berkenaan sila maklumkan kepada kami agar kami dapat melihat khazanah-khazanah entri anda kerana mana tahu salah satunya mungkin akan dipromosikan di sini. Namun, kami tidak lupakan sesiapa yang belum mengenali blog ini dan kami akan galakkan dia menyertai blog ini setelah kami mempromosikannya. Kami berharap ada win-win situation di dalam hal ini.
  • Hanya akan ada satu entri setiap hari daripada mana-mana lima ahli bangkai di atas. Bukan mudah untuk mencari entri-entri yang baik yang dapat menarik minat untuk orang membacanya. Apapun kami akan berusaha untuk menghidupkan blog ini sebagai satu blog yang dapat menolong blogger-blogger kurang pengunjung tetapi ada entri menarik di dalamnya. Kami akan berusaha mencari entri-entri seperti itu kerana sesuatu yang bagus lebih baik dikongsikan bersama.
  • Tambahan tiada dalam perbincangan:- Kamu boleh mencadangkan mana-mana entri dengan memberikan link kepada ahli bangkai agar mereka dapat membaca dan menilainya terlebih dahulu. Ini termasuklah entri kamu sendiri kerana mana tahu kamu mahu juga dipromosikan di dalam blog ini. Ini memudahkan kerja kami juga kerana lebih ramai yang bekerjasama maka blog ini akan semakin meriah. Dari situ kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita.
Sharing is Caring. Caring is Loving. Loving-Loving, mari kita Kawing. Hari-hari sedap menjoloking.

Yang Gatai – Hisham
Yang Lucas – Kawie
Yang Jolok – Boneka
Yang Pinky – Abe Long
Yang Perasan – Luffy @ Ah Fatt

 ~sesape yg nk join blh pegi ke blog BnagkaiBloggers Network dan dapatkn kn logo BBN..korang amik coding logo tu korang letak kt html widget blog korang..pastu inform kt kami di cht box or kt komen en3 ni..tq2


blog comments powered by Disqus
 

UnrestMind...هشام Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez